Wednesday, 24 May 2017

Duta TN50 Tanda Cinta Saya Buat Malaysia - Neelofa


Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, meminta pelantikannya sebagai duta belia Transformasi Nasional (TN50) seperti diumumkan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin, tidak dipolitikkan mana-mana pihak. 

Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 berusia 28 tahun itu berkata, pelantikan berkenaan perlu dilihat dari perspektif lebih meluas. Tegas Neelofa, kesediaannya melaksanakan tanggungjawab terbabit disebabkan keinginan melihat Malaysia terus maju, sekali gus memberi manfaat kepada generasi akan datang. 

"Tidak perlu kaitkan TN50 dengan politik kerana agenda itu melangkaui pemahaman atau pun perbezaan politik. TN50 ialah proses untuk kita merangka hala tuju negara dalam masa 30 tahun akan datang.


"Tak perlu kaitkan Lofa dengan mana-mana parti politik kerana apa yang dilakukan untuk TN50 adalah soal tanggungjawab sosial Lofa sebagai belia yang cinta dan sayangkan negara," kata wanita yang membahasakan dirinya sebagai Lofa itu kepada BH Online. 

Berikutan peluang sudah terbentang di depan mata, selebriti yang mempunyai pengikut berjumlah hampir lima juta orang di Instagram itu berkata, beliau mempunyai banyak idea untuk diketengahkan, terutama soal wanita dan pendidikan. 

Katanya, dua elemen berkenaan penting dalam pembangunan sesebuah negara. "Lofa mahu menggalakkan lebih ramai golongan wanita berani menceburi bidang perniagaan atau dalam bahasa yang lebih mudah, menjadi majikan kepada diri sendiri. Lofa dapat lihat, jumlah wanita yang menceburi bidang bisnes sangat kurang. 

"Selain itu, Lofa juga mahu mengetengahkan idea pendidikan tanpa sempadan. Jadikan sistem pendidikan kita lebih menyeluruh dan holistik dari segi teori serta praktikal," katanya yang turut memenangi trofi Artis Berpengaruh Di Laman Sosial pada ABPBH edisi ke-30 baru-baru ini. 

Turut dilantik sebagai duta belia baharu TN50 ialah Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Arthur Joseph Kurup; penggiat seni muzik Iban di Sarawak, Gabriel Fairuz Louis; Pensyarah Kanan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Izhar Ariff; Pengurus Eksekutif (Operasi) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jufitri Joha; serta Pengasas dan Pengarah Urusan JuaraGym, Ben Uzair. Empat lagi ialah penerima Young Guns Art Awards Kuala Lumpur 2017, Anniketyni Madian; usahawan dalam bidang pembangunan tenaga kerja dan pendidikan profesional, Dr. Juliana Alut Lim; Pengasas sukarelawan Help Somebody, Dr Esther Michael; dan sukarelawan NGO Reef Check, Nadhirah Mohd Rifai. Pelantikan itu menjadikan TN50 kini memiliki 23 duta belia yang berjaya dalam bidang masing-masing, selepas 13 individu dipilih bulan lalu.- BH Online


Related Posts:

  • Rumah Kuarters Masjid Diroboh, Pesta Arak Diluluskan #ArakBolehRumahTidakBoleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali buat hal lagi semalam apabila Kerajaan Negeri pimpinannya telah merobohkan beberapa unit rumah kuarters yang terletak dalam perkarangan Masjid Lapangan Terbang S… Read More
  • Mahathir Tunduk Pada Pemimpin Haram DAP Empat hari lepas, Malaysia Today mendedahkan Mahathir telah beri derma RM1 billion kepada Kit Siang untuk membolehkan dia menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. Selain itu, Mahathir juga dikatakan memberikan derma itu dengan b… Read More
  • Cerita Bohong Dan Pembangkang Berpisah Tiada Pada pertengahan bulan April lepas, YAB Dato Seri Najib pernah dedahkan satu "principle" yang selalu digunakan oleh Mahathir iaitu "if you cannot convince them, confuse them".  Inilah cara Mahathir, kaedah Machi… Read More
  • ECRL Projek Bertaraf Dunia Untuk Rakyat Biasa 1 November 2016, hasil lawatan Datuk Seri Najib ke China sejumlah 14 perjanjian perdagangan bernilai RM144 billion telah dipersetujui. Salah satunya adalah projek Laluan Rel Pantai Timur atau ECRL sepanjang 688 kilometer d… Read More
  • Himpunan Kleptokrasi Tidak Sehangat BERSIH Penggal kali ini boleh dianggap sebagai penggal yang penuh mencabar buat kerajaan. Manakan tidak, di pihak Pakatan Harapan, mereka seboleh-bolehnya mahu mengadakan siri himpunan jalanan yang sememangnya bukan budaya kita… Read More