Thursday, 18 May 2017
DAP Hipokrit Sembang Kencang Suka Pusing Fakta - Raja Petra
By @MNA at 22:48:00
Pendirian yang sentiasa berubah-ubah, bersikap hipokrit, tidak bermoral dan tidak bermaruah dalam pelbagai isu termasuk ketika mengulas mengenai kedudukan Exco di Selangor jelas menggambarkan keculasan kredibiliti DAP.
Penganalisis Politik, Raja Petra Kamarudin berkata, parti rasis dan cauvinis itu telah memberikan pandangan berbeza berhubung dua situasi yang hampir sama berlaku pada tahun 2014 dengan nasib kedudukan tiga exco Pas di negeri itu ketika ini.
Katanya, pada tahun tersebut, DAP pernah menempelak Menteri Besar Selangor terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa tidak ada kuasa untuk memecat Exco daripada DAP dan PKR ketika Abdul Khalid menghadapi krisis kepimpinan selepas PKR memecatnya sebagai ahli parti itu ekoran keengganannya mematuhi arahan parti supaya meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden parti, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya.
“Namun berbeza pada hari ini, DAP menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memecat tiga Exco Pas kerana tidak layak berada dalam kerajaan negeri selepas Pas memutuskan hubungan dengan PKR.
“Bandingkan sendiri apa yang DAP perkatakan pada tahun 2014 dengan isu yang berlaku sekarang. Ternyata DAP hipokrit dan setiap perkataan yang keluar dari mulut mereka penuh dengan penipuan,” katanya dalam blog beliau, malaysia-today.net, hari ini.
Isu yang hampir sama berlaku pada 12 Ogos 2014 apabila DAP dan PKR enggan menerima pemecatan lima Exco daripada dua parti itu dan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan Abdul Khalid tidak beretika selain tidak menghormati prinsip demokrasi serta mengetepikan mandat rakyat.
Lima Exco terbabit turut mengkritik keputusan itu dan mendakwa tindakan tersebut menyalahi Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan menempelak Abdul Khalid kerana tidak meminta perkenan Sultan Selangor sebelum memecat mereka.
Bagaimanapun, timbul keraguan terhadap sikap DAP ketika ini apabila mereka bersetuju jika tiga Exco daripada Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad; Datuk Dr. Yunus Hairi serta Zaidy Abdul Talib meletak jawatan ekoran Majlis Syura Ulama Pas mengambil ketetapan memutuskan hubungan dengan PKR selepas menyifatkan PKR mengkhianati tahaluf siyasi yang dibentuk sejak 2008.
Related Posts:
Tahu Ilmu Kesihatan Mampu Cegah Penyakit Di Peringkat Awal - Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyemburkan air pada program berkhatan beramai-ramai 2016 bersama anak-anak komuniti Wilayah Persekutuan di Masjid Putra hari ini. Seramai 1,250 kanak-kanak didaftarkan menyertai a… Read More
Jawatan PM Jadi Punca Penyandang Diserang, Difitnah - Annuar Musa KUALA LUMPUR - Sesiapa sahaja yang memegang jawatan Perdana Menteri tidak akan terlepas daripada serangan pelbagai pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.Beliau berkata jawatan nombor satu negara itu … Read More
Akta 355 Memperkasakan Undang-Undang Mahkamah Syariah Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir B Haji Baharom (B), Menteri di JABATAN PERDANA MENTERI Berkata berhubung dengan pindaan rang undang-undang Ahli persendirian bagi meminda Akta Mah… Read More
Kerajaan Tidak Tergugat Tohmahan Liar Pembangkang CHANGKAT JERING: Kerajaan negeri tidak pernah berasa tergugat dengan tohmahan liar pihak pembangkang yang cuba mempertikaikan ketelusan dalam memberikan yang terbaik buat rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pemban… Read More
UMNO Perak Mahu Bawa Balik Semangat PAU 2016 Bersiap Siaga Berdepan PRU-14 KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib berharap Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan datang akan menjadi landasan terbaik buat UMNO negeri menerima suntikan semangat untuk bersiap siaga… Read More