Friday, 14 April 2017
Wang Bank Negara, Disalah Guna Mahathir?
By Aku Torres at 13:56:00
Menurut penulis terkenal, Raja Petra Kamarudin, secara ringkasnya Ketua Publisiti DAP Tony Pua telah mengakui bahawa Dr Mahathir Mohamad dan Daim Zainudin sememangnya telah merompak wang Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM100 bilion (pada kadar tukaran wang hari ini).
Menurut Raja Petra lagi, Tony Pua enggan tarik balik video yang diterbitkan minggu lalu berkaitan RUU355 yang menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaannya itu dikatakan dibuat berasaskan fakta.
Menurut Raja Petra lagi, jika begitu Tony Pua juga harus menyatakan pendiriannya berhubung kehilangan RM100 billion wang Bank Negara yang mana Tony Pua menuduh Mahathir mencurinya.
Menurut Raja Petra lagi, Pada 2 Jun 2012, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim (yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu) dan Rosli Yaakop (yang merupakan seorang Timbalan Pengurus Bank Negara ketika itu) telah mengesahkan kerugian ini dan mendedahkan bahawa ia sebenarnya jauh lebih besar daripada apa yang diberitahu kepada Parlimen pada tahun 1994. Mereka juga mendedahkan nama-nama di sebalik kerugian itu.
Memandangkan isu ini berlaku secara diam-diam di tahun yang masih kurang akses maklumat seperti zaman sekarang, maka tidak ramai yang mengetahui akan cerita rompakan besar ini.
Mengapa Kit Siang dan Tony Pua diam dalam isu ini? Sebagaimana Mahathir diamkan diri bila Guan Eng kena skandal rasuah banglo dan Adam Rosly ditangkap di Selangor.
Ramai dari pengikut dan pengampu Mahathir tercunggap-cunggap untuk menjawab kerana sememangnya mereka tidak mengetahui hal sebenar. Ini disebabkan usia mereka yang menjadi pengampu setia Mahathir adalah dalam kalangan 20an, 30an dan awal 40an.
Tony Pua jelas sekali tersepit. Tuduhan beliau terhadap Dato Seri Najib telah terbukti tidak benar bila Kit Siang juga pernah bentangkan usul persendirian yang sama di parlimen.
Namun Mahathir masih gagal membuktikan tuduhan Tony Pua bahawa dia mencuri duit Bank Negara itu adalah sesuatu yang tidak benar?
Tindakan pihak kerajaan menubuhkan Pasukan Penyiasat Khas mengenai isu ini amatlah tepat dan wajar sama sekali untuk mencari kebenaran sebenar.
Walaupun ada yang berbunyi kononnya majoriti ahli Pasukan Penyiasat Khas itu terdiri daripada mereka yang pernah berkhidmat di bawah kepimpinan Mahathir, namun itu bukanlah suatu isu. Sebaliknya satu rahmat jika mereka jujur, amanah dan bersih.
Mereka akan menyiasat dengan telus walaupun terhadap bekas boss mereka iaitu Mahathir. Maksudnya, ini bukanlah satu konspirasi daripada kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak tetapi ia benar-benar salah Mahathir.
Pasukan Penyiasat Khas harus segera membentangkan hasil siasatan agar kita dapat melihat jumlah sebenar wang yang "telah dicuri" oleh Pengerusi PPBM itu.
Ini kerana ada yang kata jumlahnya bukanlah RM100 bilion, sebaliknya lebih besar daripada itu. Semoga Pasukan Penyiasat Khas dapat memberikan kita cahaya dihujung terowong dengan cepat bagi membuktikan kepada 31 juta rakyat Malaysia siapa sebenarnya Mahathir ini.
Tony Pua, Kit Siang dan Guan Eng tidak mahu isu Mahathir ini dibincangkan sebab mereka sekarang mahu "screw" Mahathir untuk dapatkan undi orang Melayu. Namun sesudah dapat apa yang DAP kehendaki, apa apa sahaja boleh terjadi.- BeruangBiru