Monday, 17 April 2017

Tidak Hanya Pemimpin Jadi Sasaran Malahan Isu Agama Turut DiBahankan


Berkongsi cerita dari sesi ceramah Dr Zakir Naik yang bertajuk "Bagaimana Menangani Islamophobia " telah membuka mata kita betapa serangan bukan sahaja terhadap pemimpin malahan agama Islam juga menjadi sasaran mereka. Penerangan yang dibuat oleh Dr Zakir telah dapat memperjelaskan isu2 semasa yg dihadapi umat Islam sedunia termasuk di Malaysia!

Beliau memulakan ucapan dengan memberi definasi apa itu 'Islamophobia'?
Katanya 'Phobia' maknanya suatu ketakutan atau dakwaan yg melampau terhadap sesuatu (irrational fear or aversions against something).
Manakala 'Islam' pula bermakna 'aman (peace)'.

Jadi adalah tidak logik bagi seseorang merasakan ketakutan yg melampau terhadap keamanan!
Manakala katanya teriakan 'War for Peace' oleh media barat dan gerakan liberal barat sebenarnya adalah War on Islam; war against peace!

Katanya juga Islamophobia adalah ciptaan media barat untuk menakut- nakutkan orang kepada Islam!

Beberapa  petikan ucapan DR Zakir  yang dapat dikongsikan bersama

1. Berjuanglah uutuk mendapat kerusi di syurga walaupun terpaksa mengorbankan kerusi di dunia

2. Jadilah seperti isteri Firaun yg walaupun menduduki kedudukan sebagai seorang suri rumah & isteri pemimpin yg digeruni dan sangat berkuasa di dunia - sebaliknya beliau berdoa kpd Allah supaya menggantikan kedudukan itu dengan sebuah rumah disyurga dan beliau sanggup korbankan kedudukan sbg suri rumah Firaun

3. Beliau berpesan jangan sekali- kali bekerjasama atau menyokong dengan  mana- mana orang atau kumpulan  yg menentang Islam kerana itu bercanggah dengan Al-Quran & Sunnah

4. Beliau menyatakan bahawa peliharalah agama (& aqidah Islam) kamu dan percayalah Allah akan pelihara kekuasaan dan kedudukan kamu

5. Hari ini utk memburukkan seseorang Muslim (termasuk pendakwah, pemimpin dll) hanya perlu beri dia label 'teroris & ekstremis' dan satu dunia akan kutuk pendakwah atau pemimpin

Semoga Allah memberikan keberkatan!

Aamiin.