Tuesday, 11 April 2017

Pakatan Harapan - Satu Lagi Jenama "Failed Coalition"


Pasukan Penyelidikan Sulit Financial Times dan The Economist Intelligence Unit meramalkan Barisan Nasional akan menang pada PRU14 pada awal Januari 2017 lepas. Media negara jiran juga meramalkan perkara yang sama. Alasan utama mengapa BN diramal menang adalah kerana pakatan pembangkang yang ada dianggap sebagai "fragile" dan tidak membentuk satu pasukan yang kuat.

Di Malaysia pula, pembangkang hanya mengharap kajian INVOKE yang membuat ramalan syok sendiri bahawa pembangkang boleh menang. Atas banyak faktor boleh dikira kenapa Pakatan Harapan tidak boleh memenangi pilihanraya akan datang.

Jawapan mudah adalah mereka adalah “loose coalition” yang terikat atas sebab faktor berkongsi “benci” terhadap Barisan Nasional. Faktor ini tidak cukup kuat untuk mengalahkan Barisan Nasional.

Pakatan Harapan tidak ada satu matlamat “kenegaraan” atau kebaikan ummah selain hanya bermatlamat untuk menjatuhkan kerajaan berpaksi Islam semata mata. Bukan sahaja kerana itu, bahkan mereka tidak dapat sekata untuk menamakan calon Perdana Menteri untuk dihidangkan kepada rakyat.

Dalam hati masing masing ada berniat untuk menjadi PM. Pengkhianatan dan pergaduhan pasti akan berlaku bila masing masing ada agenda peribadi sendiri. Nama Perdana Menteri diumumkan oleh satu parti misalnya DAP, akan disangkal oleh parti lagi satu seperti PPBM melalui Mahathir.

Ini kerana masing masing dari mereka mahu menikam satu sama lain setelah mengetahui jumlah kerusi yang mereka perolehi nanti selepas PRU14. Buat masa ini masing masing mahu menggunakan antara satu sama lain terlebih dulu. Selain itu masing masing dari parti komponen Pakatan Harapan ini dipimpin oleh mereka yang miliki liabiliti tersendiri.

DAP misalnya menghadapi krisis kepercayaan kepimpinan yang sangat meruncing. CEC entah ke mana. Tan Seng Giaw pula mahu disingkir dari DAP. Lim Kit Siang sebagai contoh mahu menyerahkan kuasa hanya kepada anak nya, namun anaknya sendiri Guan Eng bakal masuk ke penjara.

Maka nyata sekali Kit Siang berada di dalam dilema kerana telah begitu lama menjadi pemimpin diktator DAP. Seng Giaw adalah pengganti popular. Jika Kit Siang teruskan niat gantikan dengan anaknya pasti sekali ahli ahli DAP akan memberontak.

PKR juga memiliki masalahnya tersendiri, puak Wan Azizah bersama anaknya Nurul Izzah sedang berhadapan dengan puak Azmin Ali. Masing masing cuba menghalang kemaraan puak lagi satu. Pemilihan calon pada PRU14 akan menampakkan kerja sabotaj antara kedua pihak.

Ini kerana Azmin sudah tentu mahu mereka yang condong kepadanya sahaja yang menjadi calon. Namun Wan Azizah dan Nurul Izzah pasti sekali mahu orang mereka juga yang dipilih.

Maka pergeseran terjadi bukan sahaja terhadap parti lawan , bahkan sesama ahli dari satu parti juga. Ini semua untuk persedian merampas kuasa ketika pemilihan parti nanti.

UMNO setelah sekian lama menjadi parti tunjang negara , telah amat faham akan masalah ini dan sudah beberapa kali melaluinya. Persaingan sesama ahli UMNO adalah umpama berkocak dalam gelas sahaja. Selepas selesai pemilihan, UMNO kembali lebih kuat hadapi parti lawan. Maka dalam hal ini UMNO lebih selamat, kukuh dan stabil.

Sebelum wujud Pakatan Harapan, telah pun ada pesaing Barisan Nasional, iaitu Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat. Motif keduanya, iaitu BA dan PR sama juga dan hasilnya pun sama juga , iaitu kedua duanya menemui kegagalan.

Dikhabarkan Pakatan Rakyat lebih suka jika pilihanraya ke 14 diadakan lebih awal. Sebab itu minggu lepas Rafizi ramal PRU14 akan diadakan pada Jun 2017 ini.

Jika lebih lama dianjak tarikh PRU14 , maka kebocoran kecil pada bahtera mereka akan menjadi lubang besar yang boleh tenggelamkan bahtera mereka. Namun , ada juga pihak yang berkata cepat atau lambat , PH tetap akan tewas juga.

PRU cepat akan membuatkan perundingan untuk kerusi, logo , kawasan serta jawatan yang ditempah akan mendatangkan keadaan kelam kabut. Jika diseret lebih lama tarikh PRU14 pun PH akan hancur kerana kehabisan isu dan ketirisan “dana” serta perbalahan antara sesama mereka akan menjadi lebih besar.
Semalam bila PAS berpatah arang dan mahu tanding 80 kerusi. Sudah pasti PH akan bertempur tiga penjuru dengan PAS. PH akan hilang jentera parti yang paling kuat selama ini iaitu PAS.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dihurai, faktor faktor yang akan membenamkan PH sama seperti laporan yang dibuat oleh Financial Times.

Inilah dia rupa bentuk PH , dalam mereka menjaja secara persepsi bahawa negara dalam kegagalan , yakni “failed nation” sebenarnya Pakatan Harapan lah yang sebenarnya dalam kedudukan gagal.

Merekalah jenama yang tidak perlu dipilih dan harus ditolak. Pakatan Harapan adalah “Failed Coalition”. Itu sudah pasti.- BeruangBiru