Tuesday, 11 April 2017

ADUN DAP Sokong Ketua Menteri Pulau Pinang Letak Jawatan





Dinasti Lim menguasai pentadbiran DAP menjadi punca retak mencari belah makin ketara di dalam DAP. Sebelum ini DAP suka menunding jari dan menyalahkan parti atau orang lain jika ada kekusutan berlaku di dalam parti mereka tetapi kini luka yang makin bernanah membuka pekong dalaman DAP sendiri.

Adun DAP sokong Lim Guan Eng letak jawatan , apabila keretakan dalam DAP semakin ketara apabila semakin ramai pemimpin dan ahli parti itu menyatakan tidak puas hati  dengan pimpinan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng atau Dinasti Lim.

Selepas pemberontakan pemimpin DAP Melaka yang menyebabkan tiga wakil rakyat dan seorang ahli parlimen meninggalkan parti itu 
Kini kepincangan telah menular ke Pulau Pinang 

ADUN Tanjung Bungah Teh Yew Cheu antara pemimpin DAP Pulau Pinang yang lantang mengkritik Guan Eng . Kini beliau bersetuju dengan cadangan UMNO supaya Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri 

Adakah usul yang akan dibawa oleh Ketua Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dalam Dewan Undangan Negeri  pada Mei akan disokong  DAP ?

Guan Eng kini berdepan tuduhan rasuah kerana membeli banglo di bawah harga pasaran dari ahli perniagaan Phang Li Koon yang mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Guan Eng