Semalam telah tersebar gambar gambar kononnya pertemuan orang kanan pihak pembangkang untuk buat keputusan hal logo, bendera dan simbol Pakatan Harapan. Mesyuarat yang dipengerusi oleh Wan Azizah itu hanyalah sembang kosong sahaja. Tiada apa apa keputusan pun yang telah dibuat.
Kenapa tiada keputusan dibuat? Kerana Kit Siang tidak hadir untuk buat keputusan. Kit Siang sekarang adalah ketua pembangkang di parlimen, bukannya Wan Azizah. DAP sahaja yang paling berkuasa. Tiada pihak lain berani dengan DAP dalam Pakatan Harapan. Siapa pernah dengar geng pembangkang pertikai kes rasuah banglo anak Kit Siang? Tidak ada seorang pun yang berani buka mulut pertikai kes rasuah banglo itu. Semua diam, termasuklah Mahathir.
DAP terlalu berkuasa sehingga mereka boleh perintah parti komponen menyingkir ahli mereka sendiri jika DAP tidak menyukai mereka. Contoh telah banyak. Hassan Ali salah seorang yang jadi mangsa. Apabila DAP tidak menyukainya PAS terpaksa membuangnya. PKR pun sama juga, DAP boleh menyuruh Anwar Ibrahim memecat ahli PKR jika berlawan arus dengan DAP.
Pernah ada wakil PKR di Pulau Pinang menggigil lututnya apabila perbualan telefon olehnya yang mengkritik Lim Guan Eng tersebar luas sehingga ke pengetahuan Guan Eng sendiri. Kemudian berakhir bila dia memohon maaf dan ampun sebab takut dibuang oleh Guan Eng walaupun dia datang dari parti berbeza. Jaminan apakah yang ada pada orang Melayu jika DAP berkuasa dan pemimpin Pakatannya bacul kepada Guan Eng dan Kit Siang?
Maka nyata sekali DAP adalah dominan dalam Pakatan Harapan. Hanya apabila Mahathir masuk dalam Pakatan Harapan sahaja Tun Mahathir cuba menjadi diktator seperti lazimnya dan sering membuat kenyataan yang belum disahkan lulus oleh DAP.
Diktator sebenar adalah Kit Siang. Dia lagi lama, 51 tahun. Mahathir 22 tahun sahaja. Namun apa yang dilakukan oleh Mahathir dianggap tidak kemana kerana jika DAP tidak menyetujuinya, saranan Mahathir tidak akan pergi jauh. Malah pemimpin terhebat PAS yang diagung agungkan yang sudah meninggal dunia pun sanggup gugurkan agenda hudud dan Negara Islam kerana mahu bertahaluf siyasi dengan DAP.
Maka begitulah berkuasanya DAP sehingga orang mengaji agama tinggi pun akur dengan DAP. Maka apabila Mahathir yang bermasalah memiliki parti yang ahlinya amat sedikit mahu menyelusup dalam Pakatan Harapan dengan berkongsi logo dan bendera jadi jelaslah tujuan itu tidak akan mendapat sokongan DAP.
DAP sudah melalui banyak pilihanraya dan memenangi banyak kerusi dengan menggunakan logo yang sama , mana mungkin DAP mahu menggunakankan logo seragam yang berkongsi dengan logo yang ada parti taraf serpihan bawahan seperti PAN dan parti bunga. DAP tahu mereka akan raih 90% undi orang Cina walaupun ada segelintir yang keluar parti, maka apa yang DAP perlukan adalah tambahan undi Melayu dari badut badut melayu yang ada dalam komponen mereka.

Jadi jika parti badut seperti PAN dan PPBM boleh bawa lagi 10% sudah memadai kepada DAP kerana selebihnya akan datang dari PKR. Itu sebabnya walaupun DAP maki hamun PAS, akhirnya DAP tetap mahukan PAS Selangor menyertai mereka kerana PAS adalah kelompok pengundi mereka tersendiri.
Terserah kepada PAS Selangor sama ada mahu terus jadi hamba abdi yang dibodohkan atau mahu menghargai kuasa penggundi yang ada pada mereka. PAS harus “play the right card”. Mahu jadi penentu atau mahu jadi barua DAP di Selangor.
Maka atas kedudukan ini, amat mustahil orang seperti Mahathir boleh menunjukkan autoiritinya kerana tiada kuasa bidaan pada parti yang hanya ada satu kerusi. Namun jika kesemua parti iaitu PAN , PKR dan PPBM mendapatkan jumlah undi Melayu untuk DAP, mereka tetap kecil jika jumlahnya terbahagi bahagi.
Maka antara 3 parti bertaraf hamba itu semuanya “divided” lalu terlihat setara dan tidak dominan. Lalu akhirnya DAP sebagai "Boss" akan membuat keputusan hala tuju dan rupa bentuk kerajaan yang diketuai oleh kumpulan roket ini.
Maka usah bermimpilah Mahathir untuk mencadangkan apa apa. Mahathir hanya mahu anaknya menjadi Perdana Menteri Melayu yang akan duduk dalam acuan ‘Nizar Jamaluddin’. Malah Perdana Menteri Melayu ini akan digunakan untuk membaraikan banyak perkara kepentingan Melayu seperti DAP gunakan Melayu untuk usul RUU ladang babi mega di Penang.
Inilah Pakatan Harapan, ia bukan harapan untuk orang Melayu Islam, tetapi harapan untuk agenda bukan Melayu dan bukan Islam.
Sampai ke sudah, logo akan jadi polemik baru yang tiada titik noktah dalam Pakatan Harapan. Hari ini mereka sudah pecah kepala fikir hal siapa calon PM, lepas ini logo pula.

Semuanya tidak akan selesai kerana kuasa pemutus dan pembuat keputusan itu ada pada DAP.-BeruangBiru@BB