Wednesday, 22 February 2017

Persepsi Dan Auta Terbaru Mahathir Tentang Nilai Ekonomi Negara.


Ketika Nilai Ekonomi Beratus Bilion Digelar Harimau, Ketika Cecah Trilion Digelar Kuching, Dimana Logiknya?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan rasa bangga telah menyatakan pada zamannya Malaysia digelar sebagai Harimau Asia namun gelaran itu bertukar menjadi seekor kucing pada masa pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahathir berkata demikian dalam tulisan terbaru di blognya pada 21 Februari 2017.

Mahathir menyatakan kononnya prestasi ekonomi negara telah merudum dan sebab itu harimau bertukar menjadi kucing dan sekali lagi Mahathir mengulangi dakwaannya yang mengaitkan Najib dengan 1MDB dan derma sebanyak RM2.6 bilion daripada Arab Saudi.

Tujuan Mahathir berbuat demikian adalah untuk memperkecilkan Najib walaupun apa yang dikatakannya itu boleh dipersoalkan.

Ia hanya sekadar gelaran yang diberikan, bukannya mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak atau pakar ekonomi pun.

Hakikatnya, pada zaman pemerintahan Najib, nilai ekonomi negara meningkat kepada RM1.2 trilion berbanding era Mahathir iaitu beratus bilion.

Berdasarkan logik, jika ekonomi negara telah berkembang maka gelaran yang patut diberikan bukannya kucing tetapi binatang lain yang lebih gagah daripada harimau.

Namun disebabkan orang yang membuat tuduhan itu adalah Mahathir maka tidak hairanlah kenapa beliau memperkecilkan Najib, kerana itulah matlamat beliau sebenarnya iaitu untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap Perdana Menteri.

Melalui cara itu, Mahathir berharap rakyat akan membenci Najib.

Malangnya perkara itu tidak berlaku sebaliknya rakyat memberikan sokongan padu kepada Najib dan ia ditunjukkan dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Bukan itu sahaja, tatkala negara luar memuji peningkatan ekonomi negara, Mahathir masih lagi dengan sinis menyatakan negara akan muflis dan itulah yang dicanang oleh pembangkang demi menakutkan rakyat.

Kalau diikutkan kepada dakwaan mereka ini, Malaysia sudah pun muflis sejak beberapa tahun lalu, malangnya ia tidak berlaku seperti yang mereka harapkan.

Sememangnya banyak bukti yang boleh ditunjukkan kepada mereka bahawa ekonomi negara terus berkembang dan ia dibuktikan melalui fakta serta statistik, bukannya dengan bercakap gah semata-mata.

Untuk rekod, data terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan bahawa ekonomi Malaysia terus berkembang 4.5 peratus pada suku keempat 2016 selain disokong peningkatan berterusan dalam perbelanjaan sektor swasta yang membawa kepada pertumbuhan keseluruhan sebanyak 4.2 peratus sepanjang tahun lalu.

Setakat 31 Januari lalu, rizab negara berjumlah AS$95 bilion atau RM426 bilion. Pembangkang sememangnya menyedari akan hakikat kebenaran itu namun memilih untuk menutup mata. Mereka tidak mahu orang tahu akan peningkatan ekonomi kerana bimbang akan hilang banyak undi.

Jadi kita boleh memilih untuk mengelak diri daripada diperbodohkan oleh pembangkang kerana kita ada kuasa untuk melakukannya.

Malaysia di bawah kepimpinan Dato Seri Najib mensasarkan ekonomi bernilai RM2 trillion. Angka itu sudah diumum oleh Dato Seri Najib pada Perhimpunan Agong UMNO tahun lepas.

Menurut ramalan PricewaterhouseCoopers, ekonomi Malaysia akan bernilai RM1.5 trillion pada 2030 nanti dan adalah ekonomi ke 25 terbesar dunia.

Di kalangan negara Asia, Malaysia berada di kedudukan ke 11. Dengan kedudukan ini apakah Malaysia digelar kucing lagi oleh pelabur pelabur dunia?

Jawapannya tidak. Dari segi Easy Of Doing Bussines, Malaysia berada di tangga ke 4 di Asia Pasifik di samping Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan.

Harimau atau kucing? Orang yang hendak kuasa di Putrajaya akan gelar apa sahaja untuk merampas kuasa. Sanggup jatuhkan taraf negara sendiri hanya untuk tujuan politik.

Kalau Mahathir menulis di blog itu kerana niat politik, itu adalah salah. Jangan terpedaya dengan niat politik Mahathir. Mahathir akan buat dan gelar apa sahaja semata mata kerana tujuan politik.- BeruangBiru

Related Posts:

  • Pemimpin dan rakyat berpisah tiadaProgram ini diadakan bagi meraikan warga India dalam perjumpaan bersama kepimpinan Bahagian. Program yang amat baik mendekatkan pemimpin untuk memahami masalah masyarakat  khasnya kaum India di sekitar Parlimen Parit Buntar. … Read More
  • Isu Tabung Haji, Banyak Pihak Perlu Tampil Meminta Maaf Isu yang melibatkan Lembaga Tabung Haji cukup merimaskan ramai pihak terutamanya para pendeposit di salah satu badan yang menguruskan Jemaah Haji di Malaysia. Terlalu banyak dakwaan berlegar kononnya Tabung Haji dijadikan … Read More
  • Aura Melayu Kembali Bangkit Di Kuala Kangsar Daerah Kuala Kangsar, Perak cukup dikenali sebagai Bandar Di Raja negeri Perak. Di sinilah bersemayamnya Duli-Duli Yang Maha Mulia, Sultan-Sultan Melayu Perak dan cukup di kenali sebagai daerah ikonik negeri Perak. Keindah… Read More
  • Kenyataan Mukhriz, Samada Dungu Atau Buat Tidak Tahu Seperti sedia maklum, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telahpun berundur dari jawatan beliau selaku Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah sejak 3 Februari lepas. Pada pengumuman perletakkan jawat… Read More
  • Tiada Keretakan Jambatan Dijalan Tampin-Gemas - JKR GEMAS  — Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) Datuk Ir Dr Roslan Md Taha menafikan dakwaan keretakan akibat banjir di jambatan KM43 laluan Tampin-Gemas berhampiran Felda Sungai Kelamah dekat sini, s… Read More