Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, projek itu akan dimulakan segera pada hujung tahun ini berikutan keperluan yang begitu mendesak.
“Keadaan begitu mendesak di sini terutamanya untuk menambah bilik bedah dan kita harap ia dapat dimulakan pada hujung tahun ini dan disiapkan tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Hospital Seri Manjung di sini hari ini.
Beliau menambah, kementerian turut meluluskan perkhidmatan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) untuk ditawarkan kepada pesakit yang memerlukan rawatan di hospital tersebut.
“Jadi, mereka yang memerlukan CT Scan tidak lagi perlu dihantar ke Ipoh sebaliknya, kemudahan ini akan dilengkapkan di Hospital Seri Manjung tidak lama lagi,” katanya. -