Friday, 10 February 2017
Bersama Kita Teruskan Perjuangan Tok Nan Manifesto Yang Merangkumi 17 Fokus Terbaik Demi Sarawak
By @MNA at 00:51:00
Lundu - bertemakan 'Bersama Kita Teruskan Perjuangan Tok Nan', manifesto itu merangkumi komitmen BN Sarawak untuk meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem demi rakyat di Tanjong Datu.
Manifesto itu dilancarkan Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di Dewan Masyarakat Lundu di sini, bagi menghadapi PRK DUN Tanjong Datu, 18 Feb ini.
Abang Johari berkata pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Mei tahun lepas, rakyat memberi mandat yang besar kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Allahyarham Adenan untuk meneruskan usaha membangunkan Bumi Kenyalang.
Sebenarnya kita ialah pasukan Tok Nan...yang bertukar hanya kapten, saya menjadi kapten dan saya akan teruskan usaha-usaha yang telah diletakkan oleh Tok Nan kepada kita," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran manifesto itu yang turut dihadiri empat anak Allahyarham Adenan - Siti Rafidah, Hayati Hamidah, Abdul Aziz dan Azizul Annuar serta anggota parti komponen BN Sarawak.
Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata kerajaan negeri mempunyai pelan induk bagi Tanjong Datu iaitu pembangunan pelancongan dan kini hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.
"Saya Menteri Pelancongan di bawah Tok Nan, beliau (Adenan) berkata kepada saya, tempat terbaik untuk pelancongan di Sarawak ialah Lundu dan Sematan. Saya telah merangka bagaimana nak bangunkan ekonomi berteraskan pelancongan. Kawasan ini bergunung, mempunyai laut yang sememangnya cantik dan ikan yang banyak, dan saya tahu ramai warga Singapura datang ke sini (Tanjong Datu) untuk memancing.
"Sejak Tun Abdul Taib Mahmud disambung Tok Nan dan kini saya, kita sentiasa memikirkan cara untuk teruskan pembangunan yang ada di kawasan Tanjong Datu dan tempat lain. Sebab itu kita letakkan orang yang selalu dengan Tok Nan (Datuk Amar Jamilah Anu) sebagai calon," katanya.
Berikut 17 fokus dalam manifesto BN Sarawak untuk PRK Tanjong Datu:
1. Meneruskan usaha mengembalikan hak-hak Sarawak
2. Melindungi keselamatan rakyat daripada pencerobohan pendatang tanpa izin
3. Menghormati budaya, tradisi dan agama setiap rakyat
4. Mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat
5. Melindungi hak pemilik tanah hak adat Bumiputera
6. Memelihara dan melindungi alam sekitar
7. Menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik
8. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik dan kos rendah
9. Mempercepatkan pembinaan jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik dan telekomunikasi
10. Menambahbaik dan meluaskan liputan perkhidmatan kesihatan
11. Menggalakkan lebih banyak penyertaan dan mewujudkan peluang untuk wanita dalam aktiviti sosial-ekonomi
12. Membangunkan potensi dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk para belia melalui program Bandar Belia 1Malaysia (1MYC)
13. Menggalakkan dan menyediakan pendidikan teknikal melalui 'Centre of Technical Excellence' (Centrexs)
14. Mengiktiraf pendidikan Cina dan memberi bantuan kepada sekolah Cina
15. Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua negeri Sarawak
16. Menambahbaik dan menyediakan lebih banyak premis perniagaan untuk usahawan
17. Mentransformasi Lundu dan Sematan sebagai destinasi pelancongan utama di Sarawak
Manifesto itu diterbitkan dalam empat bahasa - Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Iban.
Related Posts:
#PRK P.067 KUALA KANGSAR : Undilah BN Dan Kekalkan Legasi Seterusnya. Esok 18hb Jun 2016 Hari Penentuan buat seluruh penduduk Kuala Kangsar menentukan siapa calon pilihan untuk menjadi wakil Parlimen Kuala Kangsar. Berikan undi anda pada calon BN yg ternyata mantap dan Akan meneruskan Leg… Read More
#PRK P.093 SUNGAI BESAR : Calon PAS & PAN Berperang Untuk Berebut Tempat Kedua.. Semakin Galak Semakin Ruyup.. Kecoh di kedua kem parti pembangkang bahawa mereka tidak akan menang di pilihanraya kecil parlimen Sg Besar. Menurut sumber dalaman pakatan harapan, PAN akan menerima kekalahan teruk akibat gaya kempen yang agre… Read More
#PRK P.067 K.Kangsar : 32,632 Pengundi Bakal Tunai Tanggungjawab Esok KUALA KANGSAR: Sebanyak 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi esok bagi memilih wakil rakyat mereka dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar. Menurut S… Read More
#PRK P.067 KUALA KANGSAR : Jentera Wanita Umno Kuala Kangsar Nafikan Khabar Angin - Sharizat Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menafikan dakwaan jentera Wanita UMNO Kuala Kangsar merajuk dan tidak memberi kerjasama terhadap kempen calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid. Beliau berkata… Read More
Perjuangan Yang Ditinggalkan Akan Diteruskan - Datin Mastura Saya akan meneruskan perjuangan suami dalam usaha membela penduduk di sini selain meneruskan agenda pembangunan yang sudah dirancang. Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid berkata demikian selepas secar… Read More