Wednesday, 15 June 2016

#PRK P.093 SUNGAI BESAR : Arul Kanda Perjelas Isu 1MDB Kepada Penjawat Awam Sekinchan

ARUL KANDA



SEKINCHAN: Kumpulan penjawat awam di sini telah diberi penjelasan terperinci berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Penerangan disampaikan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda Kandasamy dalam majlis Wacana Isu Semasa Negara Bersama Penjawat Awam di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang di sini, Rabu.
Arul memulakan sesi penerangan kira-kira 20 minit itu dengan menceritakan latar belakang penubuhan 1MDB, punca masalah dan langkah yang telah serta sedang diambil untuk menangani masalah yang timbul.
Beliau turut memberi penjelasan kepada tetamu mengenai dakwaan pembangkang bahawa 1MDB telah menjual semua aset kerajaan sebagai tidak benar.
Secara ringkasnya Arul menerangkan, selepas menjual aset Edra Global Energy Berhad, 1MDB masih mempunyai 40 peratus kepentingan di Bandar Malaysia dan 100 peratus kepentingan di Tun Razak Exchange (TRX), tanah di Ayer Itam, Pulau Pinang dan di Pulau Indah, Selangor.
"Kami tidak lagi berhutang jangka pendek dengan mana-mana bank di Malaysia atau luar negara selepas menjual aset Edra dan kita ada lebihan aset sebanyak RM2.3 bilion.
"Apa yang pembangkang kata kami telah jual semua tanah kerajaan adalah tidak betul," katanya.
Arul berkata, 1MDB kini bukan lagi menjadi isu.
"Pada saya ia bukan lagi satu isu kerana ia adalah hal syarikat yang mengalami masalah dan telah diselesaikan," katanya.
Terdahulu wacana ini turut menampilkan Pengarah Biro Tatanegara Datuk Ibrahim Saad yang bercakap tentang isu kenegaraan dan Ketua Penolong Pengarah Anti Keganasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Ayob Khan Mydin Pichay yang memberi penjelasan tentang isu militan Islam.- mstar