Thursday, 2 June 2016

Exco MCA Kedah Patah Balik


Ingat balik… Datuk Dr Leong Yong Kong,Exco kerajaan negeri Kedah dari parti MCA ialah orang pertama yang bertindak keras hingga keluar MCA kerana membantah usul persendirian Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang untuk memperkasa Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat Khamis lalu.
Hari ini Khamis beliau sudah patah balik tarik keputusan itu.
Menerusi satu kenyataan Dr Leong kata beliau digesa akar umbi parti itu supaya kembali bersama parti dan menyokong Presiden MCA serta jawatankuasa pusat parti itu dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Dr Leong juga ialah Timbalan Pengerusi MCA Kedah.
Rabu semalam,Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan MCA telah menghantar nama calon baru bagi menggantikan beliau sebagai Exco.
Menurutnya setakat Rabu, Dr Leong  masih lagi ahli MCA dan menjawat jawatan yang sama namun kini sedang diberikan cuti rehat.
“Saya tak tahu apa-apa pun. Kamu (wartawan) pula lebih tahu. Tidak tiada nama calon (ADUN Kulim seperti didakwa).
“MCA akan berbincang sesama mereka, tiada masalah. Sekarang ini dia (Yong Kong) sedang bercuti, saya luluskan cuti dia kemudian kita serahkan kepada MCA menentukan. Ini ‘keluarga’ kita tidak ada masalah,” kata Ahmad Bashah dalam sidang media di Alor Setar, Kedah pada Rabu.
Mengulas lanjut mengenai ADUN Gurun itu, Bashah berkata perkara itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan ianya bukan satu masalah kepada Barisan Nasional (BN) di Kedah.
“Tiada masalah yang sebenarnya. Mungkin dia kurang mendapat maklumat jadi kita serahkan kepada MCA,”katanya.-