Tuesday, 3 May 2016

Sampai Nenek Calon DAP Abdul Aziz Isa, Minta Rakyat Jangan Undi Dia :#PRNSARAWAK

aziz-grandma

Nenek kepada calon DAP, Abdul Aziz Isa untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, mengakui beliau tidak suka cucunya itu bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) kerana dirinya masih menyokong parti keramat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak itu.
Mazuyin Abd Manan, 75, aktif dalam politik Bumi Kenyalang lama sebelum ini nyata terkejut apabila mengetahui cucunya itu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.
“Saya tidak suka cucu saya cabar BN kerana saya masih hidup untuk menyokong calon BN di Batu Kitang, Lo Khere Chiang, jangan undi Abdul Aziz, saya tak suka.
“Dia masih muda dan belum mula bekerja, tetapi tiba-tiba sahaja mahu menentang kerajaan,” katanya dipetik portal Aidcnews.
Mazuyin berkata beliau akan tetap menolak cucunya jika Abdul Aziz menyertai Parti Pesaka Bumiputera (PBB) satu hari nanti.
“Saya tidak mahu dia dalam PBB, saya sudah beritahu semua orang. Jika satu hari nanti dia memohon menyertai PBB, mereka tidak patut menerimanya,” jelas Mazuyin.
Bapa kepada Abdul Aziz pula, Marindo Tahar tahu ibunya tidak akan bersetuju dengan tindakan anak lelakinya itu.
Bagaimanapun, Marindo telah mendidik dan membentuk anaknya itu sejak dari kecil untuk berkecimpung dalam politik.
“Saya ada rancangan sendiri untuk dia dan saya menyokong hasratnya di mana dia boleh bersuara demi kebaikan orang Sarawak,” katanya.
Kerusi DUN Batu Kitang juga merupakan satu antara kerusi yang memperlihatkan pertembungan sesama sendiri parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dengan calon mereka Voon Shiak Ni.
– PRU14.tv

Related Posts: