Sunday, 1 May 2016

BN Akan Menang Dua Pertiga PRN Sarawak, Kata PAS



Pas yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya mengekalkan kuasanya di Sarawak dan meraih majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Datuk Mustafa Ali berkata BN dilihat masih memikat hati pengundi Sarawak selain mampu menyelesaikan isu tempatan terutama di kawasan luar bandar.

“Saya rasa BN akan terus memerintah Sarawak dan akan menang dua pertiga majoriti dalam PRN11 nanti, mungkin ada kawasan yang akan kalah, tetapi saya yakin BN akan terus kekal di Sarawak,” katanya pada sidang media di pejabat Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) di sini semalam.

Mustafa berkata Pas melihat masyarakat Sarawak lebih menumpukan kepada isu tempatan berbanding isu nasional.

Selain itu, beliau berkata faktor kepimpinan yang ditonjolkan Ketua Menterinya Datuk Seri Adenan Satem dalam pentadbiran kerajaan negeri memberikan keyakinan kepada rakyat.

“Datuk Seri Adenan Satem ini mempunyai feel good factor,  lagi boleh menang di Sarawak,” katanya.

Mengenai isu menteri besar Terengganu, Mustafa berkata pilihan terbaik kini ialah mengadakan pilihan raya negeri.

Beliau mendakwa tindakan menukar Ahmad Razif Abdul Rahman (menteri besar) bukanlah pilihan terbaik kerana ia akan menimbulkan masalah berterusan dan BN bukanlah memiliki majoriti yang besar.

Bagaimanapun Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berpendapat Pas tidak campur tangan dalam isu berkenaan.

“PAS menyerahkan kepada BN sehingga habis penggal dan biarlah mereka sendiri yang menyelesaikan masalah yang dihadapinya, kami tidak mahu campur tangan,” katanya. – Awani

Related Posts:

  • PM Dalam Lawatan Kerja Ke Arab Saudi LAWATAN KERJAYAB DATO’ SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAKPERDANA MENTERI MALAYSIA KE ARAB SAUDI29 FEBRUARI – 3 MAC 2016 YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi dari 29 Februari hingga… Read More
  • Harga Minyak Bakal Turun Lagi Bermula Esok? Harga pasaran bagi minyak petrol RON 95, RON 97, Diesel dan Gas dijangka bakal mengalami penurunan bermula 1 Mac ini. Ini berikutan kadar nilai semasa minyak mentah dunia yang dilaporkan mengalami penurunan di pasaran an… Read More
  • Mahathir Keluar UMNO, Bagaimana Nasib Muhyiddin Dan Lain-Lain? Pada tanggal 29 Februari 2016, secara kebetulan tahun lompat pada tahun ini, Tun Dr Mahathir Mohamed, individu yang pernah mentadbir Malaysia dan UMNO selama 22 tahun, akhirnya mengumumkan, telah keluar daripada UM… Read More
  • Mahathir Juga Patut Keluar Dari Petronas Dan Proton Pengumuman Tun Dr Mahathir keluar daripada UMNO, bukan suatu berita yang mengejutkan. Ini kerana, ramai yang telah menjangkakan bahawa beliau pastinya akan bertindak meninggalkan UMNO samada cepat atau lambat kerana beli… Read More
  • Harga RON95 Turun 15 Sen Seliter KUALA LUMPUR: Harga minyak bagi RON95 turun sebanyak 15 sen kepada RM1.60 seliter berbanding RM1.75 seliter sebelum ini. Manakala harga jualan bagi RON97 turun sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter daripada RM2.05 selit… Read More