Tuesday 19 April 2016

Tahniah SPRM, Anda Kini Sebahagian Daripada Pembangkang


Ramai yang mempersoalkan hasil siasatan yang dijalankan oleh SPRM terhadap isu banglo milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isu penyalahgunaan kuasa dalam kes tanah di Taman Manggis yang sehingga kini tidak diketahui status dan hasil siasatan yang sedang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dari hari kehari, orang ramai masih ternanti-nati apa hasil awal siasatan yang sedang dilakukan oleh agensi berkenaan. Adakah ianya masih dalam episod soal siasat, menyiapkan kertas siasatan atau sudah difailkan ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan pendakwaan. Di pihak SPRM pula, mereka sehingga kini lebih senang berdiam diri tanpa mengulas apa-apa berhubung isu ini.

images (10)

Walaupun ada beberap pegawai SPRM memberitahu, Lim Guan Eng bakal dipanggil, namun sehingga artikel ini ditaip, Lim Guan Eng masih bebas melakukan apa sahaja yang beliau suka tanpa sekalipun memberitahu atau mengumumkan beliau telah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan, sesuatu yang amat biasa dilakukan oleh mana-mana pemimpin pembangkang untuk meraih simpati.
Seolah-olah untuk menyedapkan hati orang ramai, mereka hanya mengeluarkan kenyataan, akan memanggil, sedang menyiasat dan melarang orang ramai menimbulkan sebarang spekulasi kerana dibimbangi akan mengganggu siasatan. Walhal, isu ini sudah didedahkan sejak dari pertengahan Mac lalu dimana sudah lebih sebulan SPRM menyiasat isu yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang ini.
Apa yang sebenarnya yang terjadi? Jika dilihat dari segi tindak tanduk SPRM terhadap sebarang isu rasuah yang membabitkan agensi kerajaan, tindakan yang diambil cukup pantas. Lihat sahaja isu yang membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, isu didalam KBS, dan banyak isu skandal rasuah yang membabitkan pelbagai agensi dan mereka yang berkhidmat didalam agensi kerajaan.

download (6)

Namun, apabila melibatkan mana-mana pemimpin dari pembangkang, khususnya DAP, SPRM pasti akan lewat bertindak dan seboleh-bolehnya melenggahkan masa siasatan. Dimana ketelusan SPRM dalam melakukan sebarang siasatan? Adakah isu yang membabitkan RM 2.6 bilion, isu 1MDB dan pelbagai isu yang membabitkan Datuk Seri Mohd Najib sentiasa diawasi dengan rapi oleh SPRM?
Memang benar, anggota SPRM adalah dibawah pengawasan dan perlantikan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, namun sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk menyiasat sebarang salah laku rasuah yang membabitkan rakyat di negara ini, sewajarnya SPRM bertindak mengikut lunas undang-undang, bukan bertindak seperti agen pembangkang didalam kerajaan.
Usah sampai rakyat mula mempersoalkan intergriti SPRM sehingga ada diantaranya menuduh SPRM sendiri mengamalkan rasuah didalam agensi mereka. Andai ini timbul pada satu hari nanti, bukan sahaja SPRM yang akan menanggung malu, malah kerajaan yang mentadbir juga akan menanggung aib yang sama.

images (11)

SPRM amat wajar memberitahu duduk sebenar siasatan mereka dan seharusnya menyegerakan sebarang pendakwaan terhadap Guan Eng. Sebarang kelewatan atau melenggahkan siasatan, dikhuatiri akan menyebabkan orang ramai mula mempersoalkan intergriti dan maruah SPRM. Usah terlalu berbangga duduk semeja dengan Guan Eng sedangkan siasatan sehingga kini masih tergantung.