Tuesday 19 April 2016

Otai Reformasi Desak Azmin Letak Jawatan Sebagai MB Selangor




“Ketenangan” Negeri Selangor sekali lagi digegarkan dengan desakan untuk menukar jawatan Menteri Besar dan kali ini disuarakan oleh satu kumpulan NGO pro pembangkang yang dikenali sebagai Otai Reformasi. Desakan ini disuaran didalam satu sidang akhbar yang dilakukan di Ibu Negara tengah hari tadi.
Pada sidang akhbar berkenaan, kumpulan ini mendesak badan disiplin parti untuk memecat atau setidak-tidaknya menggantung keahlian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli atas alasan cuba mengkhianati parti dan cuba menjatuhkan Presiden Parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

cbb79406-168f-4e2b-8382-f7f12f44f28e

Ini kerana, menurut kumpulan ini, ketiga-tiga mereka telah mengkhianati perjuangan “reformasi” yang selama ini diperjuangkan oleh mereka bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas mereka tidak dapat menerima sebarang tindakan pengkhianatan yang dilakukan oleh Azmin bersama-sama beberapa orang lagi.
Malah, mereka juga mendesak supaya Azmin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kerana menurut mereka, Azmin gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai ahli, Timbalan Presiden dan pemimpin PKR dengan lebih berkesan sehingga dilihat oleh ramai pihak sebagai pengkhianat utama parti di negeri Selangor hari ini.
Namun begitu, tidak dinyatakan tarikh akhir Azmin patut berbuat demikian, namun menurut jurucakap kumpulan ini, Azmin wajar meletakkan jawatannya secepat mungkin kerana apa yang dilakukan olehnya jelas telah merosakkan imej parti, tambahan pula, PKR kini dalam proses memantapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak.