Sunday 17 April 2016

Najib Harap Dr Zakir Sampaikan Mesej Kesederhanaan Malaysia Ke Seluruh Dunia



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik, dapat menyampai mesej ke seluruh dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan.

Dalam catatan terbarunya dalam Facebooknya, perdana menteri berkata Malaysia juga sentiasa berusaha untuk menggalakkan kesatuan ummah untuk keteguhan bersama.

Najib juga berkata, pagi tadi beliau telah menjemput Dr Zakir untuk bersarapan pagi di kediamannya.

Dr Zakir, 50, berada di negara ini untuk mengadakan siri syarahan agama dan selepas jelajah Terengganu berakhir semalam, beliau akan mengadakan syarahan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, di sini, malam ini.


- BERNAMA