Friday 1 April 2016

Muhyiddin Patut Buktikan Ada Pertemuan Dengan Zeti, Bukan Serang Puad Zarkashi

muhyiddin_pc_290715

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sepatutnya mencabar Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz supaya membuktikan bahawa mereka berdua tidak pernah bertemu dan berbincang mengenai siasatan kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebaliknya, orang yang menafikan tidak dituntut penjelasan oleh Muhyiddin sebaliknya orang yang mendedahkan bahawa beliau berbohong yang dibidas.
Orangnya ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan menurut beliau Muhyiddin sekali lagi cuba menggunakan provokasi dan mengelak dari menjawab dakwaan sebenar.
“Sepatutnya dia mencabar Zeti kerana kenyataan saya berdasarkan penafian Zeti.
“Dalam posting terbaru TSMY mendakwa pula kononnya Zeti mendedahkan Perdana Menteri cuba menghalang penyiasatan.
“Sedangkan PM sendiri yang meminta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara membuat siasatan manakala Jabatan Peguam Negara memutuskan tiada kes untuk pendakwaan…. Pada saya Muhyiddin sekali lagi cuba melakukan provokasi dan menipu demi kepentingan peribadi,” kata dalam satu kenyataan media.
Bagi mereka yang mengikuti isu ini dengan dekat, agak terkejut kerana Muhyiddin menyerang Mohd Puad sedangkan yang menafikan ada bertemu dengan beliau dan berbincang berkenaan 1MDB adalah Zeti.
Kata-kata Zeti ialah “Saya tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin khusus untuk membincangkan soal itu.
“Saya juga tidak bawa apa-apa dokumen tentang perkara itu kepada beliau,” katanya dalam stu sidang media Laporan Tahunan dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Bank Negara 2015.
Muhyiddin sepatutnya menjelaskan butiran pertemuan beliau dengan Zeti serta di mana dan bila ia berlaku.
Adakah kerana Muhyiddin menuruti Tun Dr Mahathir Mohamad, maka beliau pun boleh buat perkara sama iaitu mendedahkan apa-apa sesuka hati dengan tidak perlu mengemukakan alasan dan bukti?
Selain itu, tuduhan beliau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengganggu siasatan juga tidak benar kerana siasatan yang dilakukan oleh semua agensi terlibat dilihat telus dan tidak menyembunyikan sesuatu.
Malahan, tempoh yang diambil Najib untuk mengarahkan siasatan terperinci tidak lama malahan segera sebaik dakwaan yang didalangi oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu diketahui umum.