Saturday 2 April 2016

Mahathir Sudah Ter Pisang Dan Tidak Hadir Dalam Demo Bantah GST..

download (1)

Ketika ramai peserta demo Bantah GST yang berlangsung kini menunggu kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed, satu perkhabaran yang diterima dari bilik operasi penganjur, Parti Amanah Negara memberitahu, Tun M tidak dapat hadir keperhimpunan ini atas alasan tidak sihat.

Sumber memberitahu, wakil daripada Tun M sempat menalefon sekreteriat perhimpunan sebentar tadi bagi memberitahu ketidak hadirannya sebentar tadi.

download (2)

Berita ini nyata memberi tamparan hebat kepada penganjur perhimpunan ini kerana hampir kesemua peserta demo dan para pemimpin pembangkang yang hadir dalam demo ini menantikan kehadiran Tun M bagi memeriah dan menambah jumlah peserta yang hadir.
Apa yang pasti, ketidak hadiran Tun M pada kali ini bakal menyaksikan, buat pertama kalinya, demo yang dianjurkan oleh pembangkang di negara ini bakal menemui kegagalan secara total dan pastinya ia memberi tamparan hebat kepada Presiden PAN Mohamad Sabu, yang juga ketua penganjur perhimpunan pada kali ini.