Sunday 10 April 2016

Lim Kit Siang Jadikan Isu Rafizi Sotong Sebagai Penutup Skandal MEGA Lim Guan Eng

lim guan eng

Tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan anggotanya menahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ketika persidangan Dewan Rakyat masih berbaki dua hari, dikecam Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sudah kehabisan modal, apa lagi nak dikatakan, semua orang mula dipersalahkan dan yang paling nyata bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Rafizi adalah berkaitan dengan  1MDB, untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng , Kit Siang terus menempelak pasukan keselamatan.
Rafizi ditahan diluar bangunan Parlimen dan bukan didalam sidang Parlimen yang mana kita tahu bahawa setiap Ahli Parlimen mempunyai kekebalan  dalam mengutarakan apa juga hujah. Soal tergesa gesa atau tidak itu bukan urusan Lim Kit Siang.

Image result for gambar rafizi digari dan lim guan eng

Persoalan ini masih belum dijawab oleh DAP secara terang dan jelas untuk didengari oleh rakyat. Lim Kit Siang terus menuding jari kearah  orang lain, tindakan saman yang ingin dikemukakan oleh Kit Siang terhadap skandal RM1.2 billion Israel masih juga belum  dilaksanakan.DAP sedang berhadapan dengan  berbagai skandal yang amat besar dan menggunakan kapasiti kepentingan rakyat  yang mana dikatakan telah diselewengkan oleh mereka. Kepentingan rakyat dalam pelbagai perkara diabaikan.
Untuk mengalih isu, Kit Siang terus mencipta isu baru agar isu Taman Manggis dan pembelian ruamh serta dana Israel RM1.2billion dilupakan oleh rakyat. Berbagai isu dibangkitkan sehingga isu pembelian kain sebanyak RM55 juta untuk bantuan pakaian sekolah juga menjadi mangsa.
Baru-baru ini, Rafizi ditahan polis di luar pagar Parlimen mengikut seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi ekoran daripada pendedahannya pada bulan lalu mengenai perkaitan antara Lembaga Angkatan Tentera dan syarikat sarat hutang dan skandal, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Image result for gambar rafizi digari dan lim guan eng

Mengulas lanjut, Kit Siang sepatutnya menggunakan peluang yang ada didalam Sidang Parlimen,yang sedang  berlangsung untuk menjelaskan isu berkaitan dengan pembelian banglo , Skandal Tanah Taman Manggis dan Dana Isreal RM1.2 billion  untuk dibahaskan kebenarannya.
Mengapa Kit Siang tidak lakukan sementara peluang terbuka luas di sidang Dewan Rakyat yang mana selama ini bertungkus lumus menafikan secara tidak rasmi.Ini merupakan platform yang terbaik jika  DAP berada dilandasan yang benar dan difitnah.
Namun sesuatu yang amat menarik ialah apabila Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP terlalu takut untuk mendedahkan tentang RM1.2 bilion wang derma yang didakwa diterima daripada Zionis Israel bagi tujuan Pilihanraya Umum Ke-13 dengan syarat, kebenaran diberi kepada Zionis Israel menubuhkan pangkalan tentera di Port Dickson, sebagaimana yang didedahkan oleh Mohamed Razali Abdul Rahman, bekas pegawai khasnya sendiri.


Kenapa perlu takut , jika kebenaran berpihak kepada DAP. Lakukan pendedahan jika ianya fitnah didalam sidang Dewan Rakyat. Dalam keghairahan DAP menabur fitnah terhadap isu RM2.6 billion  pada masa yang sama DAP sendiri terpalit dengan derma RM1.2 bilion yang sehingga sekarang, terus ditutup dan diselindungi dengan alasan ‘fitnah UMNO’.
Untuk menyelamatkan Guan Eng, pemimpin mereka sibuk dan bersungguh menimbulkan pelbagai isu, termasuklah isu yang paling remeh membabitkan MARA DIGITAL MALL,Isu Tabung Haji dan sebagainya , Semuanya untuk menutup isu Guan Eng yang hebat dalam Skandal Mega di Pulau Pinang.