Tuesday, 12 April 2016

1MDB Membidas Mulut Celupar Tony Pua


KENYATAAN MEDIA 1MDB
JANGAN MELAMPAUI BATAS, TONY

1MDB merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Tony Pua hari ini. Pada hakikatnya, Yb Tony Pua telah banyak mengeluarkan kenyataan sensasi dan salah, walaupun beliau sendiri tahu perkara sebenar. Kenyataan beliau sebenarnya tidak penting, berikutan siasatan PDRM yang sedang berjalan.

Walau bagaimanapun, 1MDB berhasrat untuk menjelaskan berberapa perkara yang dibangkitkan oleh YB Tony, iaitu:

1. 1MDB telah berkongsi segala dokumen miliknya, dan yang berkaitan dan boleh diakses, kepada Jabatan Audit Negara. Dan segala kekeliruan telah dijelaskan, apabila perlu.

2. Ianya juga adalah dokumen-dokumen yang sama dikongsikan oleh 1MDB kepada Jabatan Audit Negara yang menunjukkan hakmilik ke atas, pembayaran kepada dan segala dokumen sah yang berkaitan dengan Aabar Investments PJS Limited (“Aabar BVI). Oleh itu, tidak pernah wujud sebarang penipuan atau penyelewengan maklumat berlaku, sepertimana yang didakwa oleh YB Tony.

 3. Bayaran-bayaran yang berkaitan dibuat antara 2012 – 2014. Terdapat rujukan yang jelas untuk bayaran-bayaran tersebut di dalam penyata kewangan yang diaudit bertarikh 31.03.2013 dan 31.03.2014 dan ianya boleh diakses secara umum. Tambahan pula, terdapat beberapa ulasan yang ketara dikeluarkan oleh media dan sebagainya, berkenaan pembayaran ini, termasuk oleh YB Tony sendiri.

4. Untuk sebab yang akan dinyatakan kemudian, IPIC dan Aabar kini mencari alasan untuk menafikan pemilikan mereka ke atas Aabar BVI atau bukti penerimaan pembayaran. Ini hampir pasti akan menjadi perkara yang akan disoal dan dibincangkan dengan lebih lanjut. 1MDB sedang berusaha untuk menjawab segala persoalan yang timbul berkenaan ini.

Oleh itu, ianya adalah tidak professional dan tidak beretika untuk YB Tony mengaitkan isu ini dengan Mr Arul Kanda secara peribadi. Ianya jelas bahawa setiap transaksi yang berlaku adalah sebelum Mr. Arul Kanda memegang jawatannya di 1MDB, dan disebabkan itulah beliau hanya mampu untuk menjawab soalan berdasarkan rekod simpanan syarikat.

 Pada hakikatnya, tanpa mempedulikan segala tohmahan daripada YB Tony, Mr Arul Kanda telah berjaya dalam meraih jualan aset-aset utama dan membayar kembali segala pinjaman jangka pendek / pinjaman bank, sehingga kini 1MDB mempunyai simpanan tunai sebanyak RM2.3b di bank. Syarikat juga baru-baru ini telah membayar hutang kami kepada Kerajaan Malaysia sebanyak RM950 juta. YB Tony mungkin tidak punya pilihan lain melainkan terpaksa mengakui bahawa ini adalah kejayaan yang besar.

1MDB yakin dengan kedudukannya yang sah di sisi undang-undang berkenaan isu US$3.5b deposit tunai yang dibayar kepada Aabar BVI. Berkenaan hal ini, syarikat akan terus mempertimbangkan segala jalan keluar yang ada. Di samping itu, 1MDB juga sedia memberikan komitmen yang penuh kepada PDRM untuk siasatan mereka, seperti yang disarankan oleh PAC. Kami sentiasa mengutamakan dan terus telus sekiranya wujud sebarang penyelewengan, maka tindakan tegas harus diambil, berdasarkan undang-undang.



Related Posts:

  • SHAHRUL BEKAS CEO 1MDB GUNA MANTRA SAMA Shahrul hanya tahu ulang dan ulang mantra Shahrul ialah, dia dapat arahan dan nasihat daripada Jho Low. Tetapi Shahrul mengaku, Jho Low bukan Penasihat 1MDB. Bahkan dia juga bukan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Perbicaraan… Read More
  • PLUS Dijual Tol Free Hanya Mimpi Sudahnya Mungkin ampa tak rasa menyesal, sebab ampa yang memilih. Pilihan rakyat konon. Buka mata dan minda elok-elok penulis nak kasi cerita. Datuk Najib guna EPF dan Khazanah untuk beli balik PLUS dari kroni tahun 2011. Setiap RM… Read More
  • LTTE Polis Tahan Dua Lagi Ahli DAP Terkini Polis menahan dua lagi individu yang juga ahli DAP di Melak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA), hari ini. Penahanan tersebut disahkan Ketua Polis Melaka, Datuk Mat… Read More
  • GST Lebih Baik Dan Telus Banding SST - Najib Razak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyebabkan mereka terpaksa menjual harta benda bagi menampung kekurangan kewangan negara ketika ini. Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak … Read More
  • Penat Jatuhkan BN Jika PH Juga Mahu laksanakan GST! Alang-alang nak bawa balik GST baik naikkan balik kerajaam BN. Apa lojiknya rakyat tolak BN sebab GST, sekarang PH nak wujudkan kembali GST? Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi reaksi ringkas, namun cukup menyindir k… Read More