Thursday 3 March 2016

PM DSN Zahirkan Ucapan Terima Kasih Kepada Kerabat Diraja Arab Saudi.


Perdana Menteri menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerabat Diraja Arab Saudi kerana sokongan mereka untuk Malaysia yang telah kekal sekian lama dan terus kukuh.
Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa itu melalui ucapan di laman sosial Twitternya semalam.
“Saya berterima kasih kepada kerabat Diraja Arab Saudi atas sokongan mereka berdekad lamanya… Kami menghargai dan tidak mungkin akan melupakannya.
“Daripada Penjaga dua masjid suci, Baginda Raja Salman bin Abdullah bin Abdulaziz Al Saud, Malaysia bertuah mempunyai rakan dipercayai,” kata Najib.
RajaArab03Mac2016
Sementara itu, Raja Arab Saudi itu, Salman Abdulaziz berpendapat hubungan Malaysia dan negaranya kini berada pada tahap tertinggi dan akan terus diperkukuh pada masa depan.
Pengiktirafan ini dinyatakan baginda kepada Najib yang menghadapnya di kediaman Diraja itu di Riyadh, Arab Saudi semalam.
“Apa yang dinyatakan baginda kepada saya ialah baginda amat berpuas hati dengan tahap hubungan antara kedua-dua negara kini,” kata Najib dalam sidang media semalam sebelum menamatkan lawatan kerja ke Arab Saudi itu yang bermula 29 Februari lepas.
Hubungan erat Malaysia-Arab Saudi sudah terjalin lama khususnya dalam bab hal ehwal pengurusan haji di mana jemaah haji Malaysia diiktiraf sebagai jemaah yang paling baik dan berdisiplin dalam setiap musim haji.
Kerajaan negara Arab itu juga kagum dengan kaedah pengurusan jemaah haji yang dilakukan oleh Lembaga Tabung Haji yang sistematik dalam membantu rakyat negara ini menunaikan ibadah rukun Islam ke-lima itu dengan membuat simpanan dengan pihak mereka.