Friday 4 March 2016

PERDANA MENTERI MALAYSIA DIPILIH MELALUI SISTEM PERUNDANGAN DAN DEMOKRASI - Zahid



JASIN - Perdana menteri Malaysia dipilih melalui sistem perundangan dan demokrasi, justeru kaedah lain menentukan naik atau turunnya perdana menteri adalah tidak sah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tataetika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.
"Undang-undang harus dipatuhi dan sistem demokrasi yang sama kita dakapi harus terus hormati. Jika seseorang itu pernah memerintah, tentu orang itu tidak mahu keadaan ini berlaku jika (semasa) beliau memerintah.