Wednesday, 30 March 2016

MACAI MEROYAN, PELIWAT TAK DAPAT PAROL!!!


Kan dah kata dah semalam. Mesti ramai yang akan meroyan tak tentu arah akibat tak puas hati bila berita Dr. Khir Toyo dibebaskan keluar penjara lebih awal daripada sepatutnya.

Kalau tadi, Si Guan Eng tu katanya sedang menggelupor tak tentu arah bila dengar cerita Dr. Khir Toyo telah dibebaskan dibawah pengawasan Parol. Kali ini, Macai Si Ketua Penipu tu pulak.

Puas la Macai Haprak Si Ketua Penipu tu meroyan mempersoalkan keistimewaan yang diberikan oleh Jabatan Penjara kepada Dr. Khir Toyo sehingga boleh dibebaskan lebih awal.

Diorang meroyan sebab Ketua Penipu kesayangan diorang tu tidak pulak diberi keistimewaan yang sama walaupun Jabatan Penjara dah berkali - kali didesak oleh pelbagai pihak.

Tapi diorang tak nak pulak cerita pasal keistimewaan yang diberikan kepada Si Ketua Penipu tu untuk keluar masuk penjara sesuka hati dia tanpa sebarang sebab musabab yang masuk akal.

Anak masuk Hospital pun Si Peliwat tu boleh keluar pergi menziarah sedangkan orang lain, Mak Ayah meninggal dunia pun tak dapat keistimewaan sedemikian rupa. Yang tu, tak nak pulak diorang pertikai?

Itu membuktikan bahawa puak Macai Haprak Si Ketua Penipu ni memang Buta undang - undang. Dah la Peliwat pun diorang masih lagi nak anggap sebagai seorang Tahanan Politik.

Walhal, pihak Mahkamah dah buat keputusan berdasarkan kepada bukti dan fakta yang dibentangkan. Malah, peguam Si Ketua Penipu tu sendiri pun turut mengaku perlakuaan Liwat tu berlaku.

Walau apa pun alasan yang diberikan, puak Macai Haprak Si Ketua Penipu tu takkan dapat terima sebab dalam kepala otak diorang dah penuh dengan sampah sarap. Jadi, tak perlu kita nak buang masa bagi penerangan kepada golongan Dunggu macam diorang!!!
PUTRAJAYA: Permohonan parol bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Kajang, diluluskan Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bersidang pada Selasa.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata Dr Mohamad Khir diparolkan untuk menjalani baki hukuman penjara selama dua bulan di luar penjara sehingga tarikh pembebasan hukumannya pada 29 Mei depan, jika beliau tidak melanggar syarat yang ditetapkan Lembaga Parol.

Alwi menjelaskan di bawah sistem penjara Malaysia, seseorang banduan layak mendapat remitan iaitu satu pertiga daripada jumlah hukuman sekiranya Jabatan Penjara berpuas hati dengan tahap pemulihannya semasa menjalani hukuman di penjara.

"Dalam konteks Dr Mohamad Khir, beliau mendapat remitan empat bulan iaitu hanya menjalani hukuman penjara selama lapan bulan sehingga 29 Mei ini walaupun hukuman 12 bulan penjara yang dijatuhkan terhadapnya yang berkuat kuasa 29 September 2015 sepatutnya berakhir pada 28 Sept tahun ini," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.


Menurutnya Dr Mohamad Khir tertakluk kepada Perintah Parol [Subsekyen 46H(3) Akta Penjara 1995 (Akta 537)] yang menggariskan 27 syarat.

Related Posts:

  • Cadang bina MRSM, sekolah asrama penuh khusus untuk Orang Asli Ismail Sabri Yaakob menyampaikan sijil pelantikan kepada pegawai baharu sambil diperhatikan oleh Alexander Nanta Linggi (dua dari kiri) dan Ahmad Jazlan Yaakub (tiga dari kanan) dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Luar B… Read More
  • MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH KERIANPada minggu lalu- Majlis Tilawah peringkat Daerah Kerian tahun 1437 H telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kompleks Sukan Bagan Serai. Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Haji Meor Redzuan B. Mahayudin Orang Besar Ja… Read More
  • IMF MEMUJI EKONOMi MALAYSIA Dikala pihak tertentu dok kutuk Malaysia, tiba-tiba IMF puji kita.  Lepas ni ada pulak puak pembangkang yang kata Najib beli IMF pulak.  Sila baca laporan IMF tentang Malaysia....... Wakil IMF melengkapkan Mi… Read More
  • TIPS BIJAK BELAJAR PENGURUSAN MASA KEMAHIRAN MENDENGAR KEMAHIRAN MEMBACA TEKNIK SEDIAKAN NOTA KEMAHIRAN MENYOAL KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN KEMAHIRAN BELAJAR BERKUMPULAN TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN PENGURU… Read More
  • STACY SAH MILIK AKIM KOTA KINABALU - Pasangan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Akim dan Stacy selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri La Tanjung Aru di sini sebentar tadi. Disaksikan ahli keluarga … Read More