Monday 28 March 2016

Kos Bina Kolam Renang Sekitar RM 100k, Bagaimana Dapat Diskaun Berjuta?

images (13)

Alasan demi alasan dikemukakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung pemilikan rumah lot banglo yang kini menjadi kontroversi. Pelbagai helah diberikan oleh Guan Eng hanya semata-mata mahu menghalalkan pemilikan rumah berkenaan walaupun semua alasan yang diberikan jelas mengarut dan langsung tidak munasabah.

Sehari selepas isu penyelewengan ini terbongkar, Guan Eng mengakui, tidak tahu menahu langsung berhubung nilai sebenar rumah yang dibeli daripada tangan Miss Phang Li Koon. Malah, dalam sidang media yang dilakukan olehnya beliau mendakwa, mendapat potongan harga terhadap rumah berkenaan, hanya semata-mata tidak mempunyai kolam renang.

images (11)

Ironinya, harga sesuatu hartanah, tidak langsung terjejas samada sesebuah berkenaan mempunyai kolam renang ataupun tidak. Menurut pakar penilaian hartanah yang enggan namanya disiarkan memberitahu, faktor kolam renang hanyalah sekitar 1 hingga 2 peratus sahaja penyusutan nilai sesebuah lot banglo.
Menurut beliau, dalam kes ini, Lim Guan Eng jelas menipu berhubung faktor kolam renang itu sendiri. Malah, menerusi tinjauan yang dilakukan, kos untuk membina sesebuah kolam renang hanyalah dibawah RM 100 ribu sahaja mengikut saiz dan reka bentuk yang diinginkan oleh pemilik rumah. Malah ada diantaranya hanya sekitar RM 15 ribu sahaja.
Ini jelas menimbulkan tanda tanya, bagaimana Lim Guan Eng boleh mendapat potongan harga sehingga RM 3 juta hanya kerana alasannya tidak mempunyai kolam renang? Ini yang melucukan. Alasan yang dikemukakan oleh Guan Eng ini seolah-olah memperbodohkan rakyat Malaysia dan ahli DAP keseluruhannya, seolah-olah orang ramai tidak tahu mengenainya.

images (12)

Adalah amat penting kini untuk pihak SPRM dan PDRM menjalankan siasatan menyeluruh terhadap semua alasan dan dokumen membabitkan rumah berkenaan. Penipuan Guan Eng ini adalah amat tidak wajar bagi seorang Ketua Menteri dan Setiausaha Agung parti pembangkang utama negara.