Saturday 26 March 2016

Jika Lim Guan Eng Telus, Sidang Parlimen Adalah Tempat Terbaik Untuk Menafikan Tuduhan


Tidak perlulah menjadikan dewan rakyat  sebagai medan pertempuran untuk menafikan dakwaan yang dibuat oleh rakyat. Guan Eng seharusnya bersikap profesional dengan memberikan jawapan kepada setiap pertanyaan dibuat ke atas beliau.
Jika  Ketua menteri Pulau Pinang bukan seorang pengamal kezaliman dan pengamal Skandal terbesar dalam sejarah politik Malaysia, jadi beliau perlu tampil di Parlimen minggu ini bagi mendedahkan secara telus dan bertanggungjawab mengenai skandal mega “kehilangan RM2 billion, Dana Politik Israel RM1.2 Billion serta beberpa skandal  melibatkan beliau termasuk pembelian banglo bawah harga pasaran.
Lim Guan Eng  bukan sahaja harus menggunakan ucapan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong bagi memberi penerangan penuh berkenaan skandal yang telah dikatakan berlaku, Bukannya memanipulasikan segala pertanyaan yang ditujukan kepada beliau.
Tindakan keluar Dewan beramai-ramai  sekali gus telah menunjukkan bahawa Guan Eng adalah seorang yang melakukan kesalahan dan enggan menggunakan Dewan Rakyat sebagai medan untuk menegakkan kebenaran .
Malah, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga perlu menghilangkan segala keraguan mengenai kredibiliti dan profesionalisme agensi berkenaan dengan berkerjasama melakukan siasatan bersama SPRM dengan persetujuan Guan Eng.
PAC dan SPRM sepatutnya memanggil Lim Guan Eng sebagai saksi utama dan memberi beliau peluang untuk menjawab segala persoalan dan keraguan timbul mengenai skandal mega yang hebat diperkatakan oleh rakyat.
Malah, PAC dan SPRM jika perlu Pejabat Peguam Negara juga harus mengambil satu langkah tambahan – siasat semua maklumat tentang skandal mega itu yang telah disiarkan di laman media sosial, buktikan segala tuduhan yang tidak  berasas dan tidak benar, dan sahkan mana dakwaan yang benar dan tepat dengan mengemukakan bukti dokumen.
Malah, kerajaan pimpinan DAP perlu menarik balik dan memulangkan semula apa yang telah dizalimi kepada orang Melayu di Pulalu Pinang  jika Lim guan Eng benar-benar bersikap jujur maka ia merupakan cara terbaik menangkis segala pembohongan dan kepalsuan.
Guan Eng secara sukarela boleh memberi keterangan kepada SPRM, PAC  dan juga Pejabat Peguam Negara tentang pembelian harta yang dibuat dimana-mana juga serta kehidupan mewah isterinya dengan barangan diluar kemampuan seorang isteri Ketua Menteri.
Jika benar Guan Eng bukan seorang penyamun dan pengamal kezaliman serta pengamal skandal MEGA telah mengingatkan kita kepada ucapan Presiden Amerika Syarikat pertama yang terpaksa meletak jawatan, Richard Nixon, yang membuat penampilan di televisyen pada November 1973 semasa kemuncak skandal Watergate untuk memberitahu rakyat bahawa beliau bukan seorang penyamun – sembilan bulan sebelum beliau meletak jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk mengelakkan prosiding pemecatan di Kongres.
Tiada siapa fikir Guan Eng  mahu menjadi Nixon, dan inilah sebab mengapa saya berharap Guan Eng  akan berhenti berdiam diri berhubung skandal mega terbesarnya dalam sejarah politik negara serta menerangkan segala kebenaran kepada rakyat Malaysia dan dunia supaya beliau dilihat sebagai pemimpin yang tidak zalim, penindas kepada rakyat dan bersikap toleransi sebagaimana diucapkan sebelum mendapat tampok pemerintahan.