Monday 21 March 2016

Guan Eng Semakin Hilang Punca Diasak Kes Salah Guna Kuasa

images (11)

Sejak pendedahan berani yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahya Jumaat lalu, Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat semakin hilang punca dan kelam kabut bagi menyelamatkan air muka dan karier politik beliau yang kini semakin dipersoal ramai pihak.
Sebaik sahaja pendedahan berkenaan menjadi viral di laman sosial dan media arus perdana, Lim Guan Eng pantas mengadakan sidang akhbar pada hari yang sama, kononnya memberi jawapan terhadap semua pertuduhan yang dibuat oleh Datuk Shabuddin berkenaan. Agak melucukan apabila melihat riak wajah dan keadaan Guan Eng semasa sidang akhbar berkenaan.

download (23)

Beliau dilihat begitu berang dan resah apabila beberapa skandal kewangan beliau didedahkan kepada umum. Lebih menarik lagi, tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang yang kena tuduh, mempelawa orang yang menuduh, datang kepejabat, duduk semeja sambil minum kopi secara tertutup. Adakah ini bukan umpanan untuk memberi rasuah kepada Datuk Shabuddin untuk menutup mulut dan menarik semula kenyataan beliau?
Keesokan harinya, beliau mempelawa pengamal media untuk datang melihat sendiri banglo miliknya yang dikatakan tidak sempurna hanya kerana tiada kolam renang. Dalam istilah penilaian hartanah, kolam renang hanya memainkan 2 peratus sahaja penilaian sesebuah hartanah. Penilaian sebenar adalah tertakluk kepada lokasi dan pembangunan dibuat di sesebuah hartanah, bukan terletak kepada kolam renang.
Pada Ahadnya pula, Lim Guan Eng sekali lagi cuba mencetuskan andaian bahawa Datuk Shabuddin enggan memenuhi jemputan Guan Eng untuk “merasuah” beliau dengan secawan kopi. Amat mudah untuk difahami bahawa Datuk Shabuddin adalah individu yang kuat pegangannya yang tidak akan mudah tunduk menghadap Guan Eng hanya dengan secawa kopi bagi menyelesaikan dakwaan beliau.

download (24)

Ini adalah beberapa langkah bodoh Guan Eng bagi membuktikan dirinya tidak bersalah. Apa yang dibilai oleh rakyat, bukan tindakan seumpama ini. Jika beliau benar-benar telus, beliau sendiri hadir ke pejabat SPRM, dimana, sehingga hari ini difahamkan, lebih 10 aduan telah dilakukan terhadap SPRM berhubung salah laku Guan Eng ini.
Seperti orang yang takut kepada bayang-bayang sendiri, tindakan meraih populariti murahan seumpama ini amat mudah dibaca. Difahamkan, Lim Guan Eng bakal menerangkan apa yang berlaku di Parlimen hari ini. Adakah beliau benar-benar gentleman untuk tampil kehadapan menerangkan apa yang berlaku? Jika dinilai dari tindak tanduk beliau dua hari lalu, jawapannya, mungkin tidak.