Wednesday 9 March 2016

DAP Jangan Nak Jadi Tuhan Sesuka Hati Jatuh Hukum

DAP

Dua ahli parlimen DAP semalam ditempelak di Dewan Rakyat ekoran bertindak melampau menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah melakukan ketirisan dalam pentadbirannya.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum berkata demikian sebagai membidas dua ahli parlimen DAP Chong Chieng Jen (Kuching) dan Julian Tan (Stampin) yang menuduh Najib melakukan rasuah serta perlu dihukum.

“Di sini sebagai seorang beragama Kristian, saya mendengar apa yang dikatakan pembangkang, dan apa yang di pertahankan di sebelah sini, jangan kita menjadi tuhan menentukan siapa yang salah siapa yang benar.

“Kerana kita bukan tuhan, kita jangan percaya apa yang dilaporkan di media, apa yang dikatakan pembangkang,” katanya mencelah usul Chieng Jen menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Apabila Julian mencelah dalam perbahasan tersebut, Joseph turut membidas ahli parlimen Stampin itu agar membawa perkara tersebut ke muka pengadilan dan bukannya membuat pertuduhan melulu.

Itu hanya tanggapan DAP, kalau betul bersalah, bawalah kepada pengadilan, kita bukan Tuhan, tidak boleh kata apa yang kita cakap itu adalah benar, jangan jadi Tuhan,” katanya.