Friday 25 March 2016

DAP baru nak pertahankan Guan Eng




25 MAC: Selepas seminggu lebih Lim Guan Eng diselubungi skandal hartanah pembelian rumah banglo dan tanah Taman Manggis, akhirnya DAP mula mempertahankan Guan Eng.
Tapi yang menjadi persoalan kenapa lebih seminggu baru hendak pertahankan dan kenapa sepanjang persidangan Dewan Rakyat minggu ini tidak kelihatan mana-mana rakannya yang bangun mempertahankan Guan Eng apabila ia dibahaskan.
Namun dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu mempunyai latar belakang perakaunan dan bukannya penilai hartanah.
Walau bagaimanapun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk Guan Eng membeli rumah banglo tersebut dengan harga yang rendah.
lge n bangloSecara logik mana ada penjual yang sanggup menjual hartanah mereka jauh lebih murah daripada harga pasaran jika tidak digantikan dengan sesuatu yang lebih lumayan.
Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik dalam kenyataannya cuba menegakkan benang yang basah seolah-olah Guan Eng tidak bersalah.
“Bolehkah anda mengharapkan akauntan untuk menilai sebidang tanah mengikut harga pasaran? Tiada akauntan yang akan tahu tentang nilai tanah atau hartanah sebelum ia dinilai dengan betul oleh penilai berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata hanya seorang penilai yang dilantik oleh bank yang boleh menilai nilai hartanah dan bangunan sekiranya pembeli berhasrat untuk memohon pinjaman bank.
Tambahnya, duti setem juga akan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas perjanjian jual beli ditandatangani.
“Bukan satu keperluan untuk Lim Guan Eng mengetahui nilai harga pasaran sebelum sesiapa sahaja boleh menjual hartanah kepadanya,” katanya.

Setiausaha Agung DAP itu dan partinya telah mempertahankan diri atas dakwaan bahawa beliau membeli sebuah banglo berharga RM2.8 juta di Jalan Pinhorn daripada ahli perniagaan Phang Li Koon di bawah nilai pasaran.
Beliau telah menafikan semua dakwaan itu dan membawa pemberita melawat ke rumahnya Ahad lepas.
Beliau mendakwa bahawa transaksi itu telah dilakukan secara rela hati di antara dirinya dengan penjual dan dia tidak mengetahui nilai hartanah itu.
Banglo itu dinilai dengan RM275 setiap kaki persegi manakala hartanah separuh saiz di kawasan yang berhampiran baru-baru ini bernilai lebih dari RM700 sekaki persegi.