Saturday 6 February 2016

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2016

20160206_130105


Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum dan agama antara paling aman di dunia. Di sinilah kepelbagaian perayaan akan disambut oleh kesemua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Sekali lagi perayaan Tahun Baru Cina bakal disambut oleh kaum Tionghua negara ini dan kali ini dijangka bakal disambut pada 8 Februari ini. Perayaan tradisi ini pastinya di tunggu-tunggu oleh masyarakat Cina negara ini dan pada tahun ini, tahun Monyet api bakal mengambil tempat.


Menyelusuri asal usul perayaan ini, perayaan ini turut dikenali sebagai Tahun Baru Qamari atau Perayaan Musim Bunga. Perayaan ini akan jatuh pada hari pertama kalendar Cina atau lebih dikenali sebagai Qamari.
Bagi masyarakat Cina, perayaan ini menandakan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru ini disambut, sudah menjadi tradisi, sanak saudara akan pulang dari perantauan untuk berkumpul. Rumah akan dicuci dan pada kebiasaannya, sefala hutang piutang kecil-kecilan akan diselesaikan sebelum hari besar ini disambut
Sudah menjadi kebiasaan, malam sebelum sambutan tahun baru, seluruh ahli keluarga akan berkumpul utk makan bersama atau apa yang digelar, makan besar.


Secara tradisinya, kuih bakul, daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin pastinya antara juadah yang sentiasa akan disajikan kepada tetamu dan menu utama setiap kali acara jamuan yee sang atau makan beaar diadakan. Bagi yang sudah berumah tangga, ang pau pastinya disediakan kepada mereka yang masih bujang atau kanak-kanak.
Untuk semua kaum Tionghua di negara ini, kami mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Semoga kehadiran tahun baru ini memberikan keceriaan kepada semua.

GONG XI FA CHAI DAN HAPPY NEW YEAR