Friday 19 February 2016

Pengangkutan awam elak pembaziran - SPAD

Bukan semua pemadu teksi memberi gambaran buruk terhadap perkhidmatan kereta sewa berkenaan, malah semenjak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ditubuhkan dan mengambil alih operasi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sudah banyak perubahan yang di lakukan.

Malahan kesedaran pemandu teksi hari ini boleh di tarafkan sebagai baik dan memuaskan, kesemua ini adalah kerana susun atur dan perancangan yang telah di buat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), bagi meningkatkan taraf pengangkutan awam di negara ini.

Maka dengan itu semakin ramai mereka yang berminat memilih untuk menjadi pemandu dan pemilik kereta sewa setelah mengetahui pebagai insentif yang disediakan oleh kerajaan melalui program yang di anjurkan oleh SPAD, seperti TEKS1M, program pinjaman untuk teksi, program tayar percuma.

Kesemua ini adalah bagi memudahkan dan membolahkan pemandu serta pemilik teksi untuk meraih pendapatan dengan lebih dari kebiasaan, dan pelbagai lagi program yang sedang di rencanakan untuk menaikkan mutu perkhidmatan teksi masa hadapan.

Tidak hairan jika sekian hari sekian ramai penguna mengunakan perkidmatan kenderaan awam untuk pergerakan mereka setiap hari, kerana ianya memudahkan dan menjimatkan bagi penguna seperti tak perlu risau untuk mencari tempat letak kenderaan dan membayar caj letak kereta yang tinggi terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

SPAD juga telah berjaya mengurang persepsi nagetif serta kurang tepat terhadap pemandu teksi hari ini.

Selain itu pemandu teksi sendiri ada yang berusaha dan memainkan peranan untuk meraih penguna agar mengunakan perkhidmatan mereka secara tersendiri.

Ini terbukti dengan contoh yang di tunjukkan oleh seorang yang telah memilih untuk menjadi pemandu kenderaan awam teksi sebagai punca pendapatan setelah bersara dari perkhidmatan syarikat penerbangan MAS.

En. Zullifan Che Din tidak perlu mengambil masa begitu lama untuk memperkenalkan perkhidmatannya walaupun baru sahaja menceburi kerjaya sebagai pemandu teksi, beliau telah memperkenalkan pekejnya sendiri bagi menarik pelangan.

Zullifan turut memperkenalkan pakej perkhidmatannya yang istimewa ia ini menawarkan kupon dan tagline "Elmi Handsome" melalui tempahan untuk mendapatkan harga lebih rendah berbanding daripada meter.

Bagi anda yang mahu mencuba perkhidmatan terbaik dari En. Zullifan bolehlah menguhubungi anak beliau melalui no talian 012-2710040.

Diharapkan akan ada lebih ramai lagi Zullifan didalam kalangan pemandu teksi bandar yang memberi perkhidmatan tanpa memikirkan keuntungan semata, jika kita memberi perkhidmatan yang baik sudah pasti kita akan menjadi buruan pelangan yang memerlukan perkhidmatan teksi ini.

Benar, tidak dinafikan untuk memulihkan imej teksi di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor bukan lah semudah ABC, tetapi SPAD kekal dan tetap berusaha untuk menjadikan kenderaan awam ini sebagai pilihan rakyat Malaysia.

Sekiranya ada sebarang aduan penguna boleh terus berhubung dengan melalui media sosial seperti twitter @aduanSPAD atau terus melalui talian bebas di 1-800-88-7723 atau email ke aduan@spad.gov.my.

Bersamalah kita memajukan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat ini dan menjadikan ianya pilihan yang pertama selain dapat mengelakkan kesesakan dan pembaziran membayar tempat letak kereta yang kian meninggi hari ini.