Thursday 25 February 2016

Nasib Karier Muhyiddin Bakal Ditentukan Esok

images (17)


Penentangan Tan Sri Muhyiddin terhadap kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, benar-benar mencabar kesabaran Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Sejak beliau di gugurkan dari jawatannya selaku Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak penat-penat mengadakan jelajah hanya semata-mata mahu membawa fitnah dan idealogi songsang yang melihat Datuk Seri Mohd Najib akhirnya berjaya dijatuhkan.
Namun, semakin giat beliau berusaha, beliau sendiri boleh melihat, penyokongnya sedikit demi sedikit meninggalkannya. Terbaru, beliau sendiri boleh merasai bagaimana Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) menganjurkan satu program di Taman Duyung, Port Dickson baru-baru ini.


Beliau diberitahu bahawa dijangkakan kira-kira 200 orang penyokong beliau akan hadir, namun hakikat sebenarnya, tidak sampai 50 sahaja yang hadir. Malah, tiada sebarang liputan diterima oleh beliau bagi membolehkan beliau menyampaikan propagandanya.
Paling memalukan, bagaiman Ahli MT sendiri telah bersuara meminta beliau berundur secara terhormat atau berhadapan dengan penggantungan jawata. Sekali lagi beliau menerima tamparan hebat apabila Datuk Seri Nazri Aziz sendiri menyarakan pandangan dan usul supaya beliau berundur dari jawatan Timbalan Presiden andai langsung tidak membantu Presiden parti.
Terkini, menurut perkhabaran dari sumber yang rapat dengan beberapa Ahli MT, nasib Tan Sri Muhyiddin didalam UMNO bakal ditentukan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang bakal diadakan esok di PWTC. Pastinya, nama beliau sekali lagi bakal diangkat sebagai topik paling hangat untuk dibincangkan, samada ingin atau menggantung keahlian dan jawatan beliau.


Jika ini berlaku, sekali lagi kem Tun M yang mengepalai perseteruan ini mendapat tamparan paling hebat. Sudahlah Mukhriz kini sudah digugurkan dari jawatannya selaku Menteri Besar Kedah, Tun M sendiri disiasat polis berikutan artikel berunsur fitnah, penggantungan Tan Sri Muhyiddin melengkapkan lagi detik malang perjuangan songsang mereka.
Adakah perkara ini benar-benar akan berlaku? Sehingga kini, belum ada kepastian yang benar-benar kukuh. Cuma kenyataan Datuk Seri Nazri sahaja memberi petunjuk bahawa Tan Sri Muhyiddin bakal berhadapan dengan penggantungan jawatan dan ahli. Ini berikutan keberanian beliau yang akan membawa usul berkenaan kedalam Mesyuarat Majlis Tertinggi esok.