Tuesday 23 February 2016

Kekalkan Exco Bukti Ahmad Bashah Boleh Bekerjasama Dengan Semua

ahmad_bashah0402_620_413_100 (1)

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membuktikan dirinya tidak susah dan senang bekerjasama dengan sesiapa sahaja apabila mengekalkan sembilan Exco Kerajaan Negeri yang dilantik sebelum ini oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Tindakan itu nampak jelas sebagai satu langkah untuk tidak menjejaskan situasi politik di Kedah biarpun ada dakwaan bahawa barisan kepimpinan Exco di negeri utara tanah air itu bakal berubah.
Kesemua sembilan orang Exco selesai mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada pukul 11 pagi tadi.
Sumpah pelantikan disempurnakan dihadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Diraja Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Tengku Laksamana Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim.
Ia dimulakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, diikuti ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob; ADUN Tanjung Dawai, Tajul Urus Mat Zain; ADUN Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid; ADUN Belantik, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah; ADUN Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor; ADUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar dan ADUN Gurun, Datuk Dr Leong Yong Kong.
Jangkaan sebelum ini menyatakan bahawa tiga Exco yang dikatakan setia dengan Mukhriz iaitu Aminuddin, Suraya dan Norsabrina akan ditukar tetapi mereka semua dikekalkan.
Bagaimanapun, pengumuman portfolia setiap Exco masih belum dibuat oleh Ahmad Bashah lagi setakat ini.
Dr Ku Abdul Rahman yang sebelum ini merupakan Exco kanan dijangka akan terus diberi amanah mengendalikan portfolio Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna serta Koperasi berdasarkan kelayakan serta pengalaman.
Mohd Rawi dikatakan akan memegang portfolio agama berikutan latar belakang pendidikannya.
Aminuddin pula dirasakan akan dikekalkan Exco Belia dan Sukan setelah kejayaannya mengangkat skuad bola sepak Kedah ke Liga Super musim ini.
Suraya dan Norsabrina mungkin ditukarkan selepas tempoh perkhidmatan berakhir pada Mei depan, namun kuota Exco wanita mungkin kekal satu, di mana sebelum ini Mukhriz melantik dua Adun wanita bagi membolehkan lebih penyertaan kaum Hawa.
Tiga Exco lain, Datuk Tajul Urus Mat Zain, Datuk Badrol Hisham Hashim dan Datuk Mohd Tajuddin Abdullah.
Manakala wakil MCA, Datuk Dr Leong Yong Kong dijangka portfolio sama.

- MNA