Monday 15 February 2016

JENAYAH SIBER : MALAYSIA ANTARA NEGARA YANG MUDAH DISERANG

Lebih 80 ribu penduduk Ukrine terjejas apabila serangan cyber keatas grid tenaga di wilayah barat negara itu menyebabkan hampir 103 bandar kehilangan kuasa dan bekalan elektrik selama 6 jam, ianya berlaku pada 23 Disember lepas.

Di Malaysia laman web rasmi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah di godam oleh penjenayah cyber pada 26 Januari tahun lepas yang menyebabkan ganguan kepada pelanggan MAS yang mahu berurusan dengan syarikat itu.

Malah kumpulan yang di kenali sebagai 'anonymous' Malaysia pernah mengancam untuk mengodam laman web kerajaan Malaysia pada Ogos tahun lalu.

Itu hanya sebahagian contoh serangan cyber keatas kepentingan negara, melihatkan ancaman cyber sebagai ancaman tahap paling tinggi Malaysia mengubal dasar keselamatan cyber kebangsaan bagi melindungi infrastruktor maklumat kritikal negara.

Dasar tersebut adalah untuk menjaga maklumat rahsia dan infrastruktor komunikasi negara merangkumi sistem rangkaian maklumat beberapa sektor kritikal, seperti pertahanan dan keselamatan negara, perbankkan dan kewangan, maklumat dan kumunikasi, tenaga, pengangkutan, air, kesihatan, perkhidmatan kecemasan dan juga makanan.

Ledakkan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dan revolusi rangkaian internet menyaksikan kebergantungan manusia kepada teknologi, masalah mula timbul bila gulungan pengguna mengejar kepantasan teknologi namun tidak setara dengan kesedaran untuk melindunginya dari diceroboh penjenayah cyber.

Risikonya kini bukan setakat membabitkan komputer malah merangkumi gajet seperti telefon pintar, berdasarkan statistik pusat bantuan tindak balas kecemasan komputer atau MyCert agensi Cyber Sekuriti Malaysia, sebanyak 934 insiden keselamatan cyber dilaporkan pada januari tahun ini, meningkat kepada 88.6% berbanding 495 kes bagi bulan sebelumnya.

Penipuan internet dan pencerobohan sistem maklumat merupakan insiden paling tinggi dilaporkan selain ancaman virus serta peras ugut dan pencurian aidentiti, keseluruhannya purata 10 ribu kes jenayah cyber di catatkan oleh Cyber Sekuriti Malaysia setiap tahun, 10,636 kes di catatkan pada 2013, 11,918 kes pada 2014 dan tahun lepas mencatat 9,915 kes.

Menurut laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2013, serangan cyber menyebabkan Malaysia kerugian kira-kira 1 billion Ringgit sekaligus meletakkan negara pada tangga ke 6 Mudah Diserang Jenayah Cyber.

Malaysia menghadapi ancaman keselamatan dari organisasi jenayah antarabangsa yang menyalah gunakan internet untuk pelbagai aktiviti haram rentas sempadan seperti pengedaran dadah, penyeludupan manusia, penipuan kewangan dan pengubahan wang haram dan yang terkini adalah aktiviti mengrekrut penguna internet untuk menyertai kumpulan militan atau melakukan keganasan.

Sesungguhnya keselamatan cyber tidak akan berjaya tanpa ujudnya kesedaran dalam kalangan penguna internet itu sendiri, mereka perlu mempunyai pengetahuan asas mengenai keselamatan cyber untuk memeriksa sama ada aplikasi atau laman web yang mereka kunjungi itu selamat dan tulin.

Latihlah diri untuk berfikir sebelum 'klik' sebarang pautan yang meragukan, sebagai penguna anda juga perlu menghadkan proses memuat naik maklumat peribadi di internet.

Gunakan perisian komprehensif keselamatan internet yang berupadaya memberi perlindungan maksimum dan sentiasa dikemas kini, ingatlah bahawa ancaman serangan cyber boleh melumpuhkan sesebuah negara, elakkan diri dari menjadi mangsa jenayah cyber.