Sunday 7 February 2016

Duta Arab Saudi puji cara Malaysia tangani keganasan



KUALA LUMPUR - Kejayaan pihak berkuasa baru-baru ini dalam menahan suspek pengganas dan penyokong Daesh, mendapat pujian Duta Arab Saudi, Fahad Abdullah Al-Rashid, yang berpendapat bahawa dalam hal ini, Malaysia boleh menyumbang kepada Pakatan 34 negara Islam memerangi keganasan yang diterajui Arab Saudi.   
Duta di Malaysia itu berkata, Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang penting dan maju bukan sahaja daripada aspek ketenteraan tetapi juga risikan.
“Kekuatan Malaysia dalam unit risikannya sangat dialu-alukan dalam pakatan ini,” katanya kepada Bernama dalam wawancara baru-baru ini.