Friday 5 February 2016

Bukan Najib, Tetapi Tun M Sendiri Yang Merosakkan Rancangan Malaysia Maju Pada 2020


download (7)

Impian negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 hanya tinggal sekitar 4 tahun sahaja lagi. Dalam tempoh berkenaan banyak cabaran harus dihadapi negara dalam merealisasikan impian ini. Bukan sedikit cabaran yang harus ditempuhi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam meastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Namun, disebalik pergerakan Malaysia menuju negara maju, muncul pula gangguan berterusan dari seorang yang mencetuskan idea Malaysia Maju menjelang 2020. Individu yang dimaksudkan adalah Tun Dr Mahathir Mohamed yang secara berterusan menghentam dan mengkritik kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib.

Sebenarnya, kerajaan tidak pernah walau sekalipun mengabaikan apa yang dihajatkan bukan sahaja Tun M malah hampir keseluruhan rakyat Malaysia. Untuk ini, pelbagai usaha dilakukan beliau bagi memastikan imppian ini menjadi kenyataan. Namun, tindakan Tun M dan pembangkang yang berterusan memainkan sentimen 1MDB yang kononnya telah melesapkan berbilion Ringgit duit negara untuk satu perniagaan.
Sebenarnya, banyak perkara positif telah dicapai sepanjang isu ini ditangani dengan berkesan oleh pengurusan 1MDB. Langkah resionalisasi 1MDB sehingga hari ini telah berjaya menyelesaikan hutang perniagaannya yang berjumlah RM 41.8 bilion. Mungkin Tun M sengaja melupakan fakta sebenar kewujudan 1MDB.
Untuk sedikit renungan Tun M, 1MDB ditubuhkan dengan bermodalkan RM 1 juta sebagai bon daripada kerajaan dimana RM 41.8 bilion merupakan pinjaman asas kepada perniagaan dengan RM 5.8 bilion daripadanya adalah atas jaminan kerajaan. Jadi dimana asasnya dakwaan Tun M kononnya kerajaan melesapkan berbilion-bilion Ringgit hanya semata0mata untuk 1MDB?
Menerusi blog beliau chedet.cc, beliau mempertikaikan majlis perkahwinan anak Datuk Seri Mohd Najib yang dilihat terlalu besar-besaran dan menunjukkan gaya mewah beliau di Malaysia. Ianya seolah-olah menggambarkan Datuk Seri Mohd Najib sama seperti Muammar Gaddafi dan Hosni Mubarak dalam berfoya-foya dengan wang negara.

images (18)

Mungkin Tun M terlupa bahawa anak Datuk Seri Mohd Najib adalah anak perempuan dan menerusi adat Melayu, hantaran disediakan oleh pihak lelaki dalam mengadakan sesuatu perkahwinan. Jadi tidak mustahil andai majlis berkenaan diadakan sedikit mewah kerana yang berkahwin itu adalah anak Perdana Menteri dan pastinya hantaran juga tinggi.
Sedangkan anak ahli perniagaan mahupun orang biasa juga turut diadakan dengan mewah, sama seperti perkahwinan keempat-empat anak Tun M yang turut diadakan secara mewah dan grand. Adakah itu salah pada mata Tun M sehingga mengaitkan perkahwinan itu ditaja oleh 1MDB?
Jika berbicara tentang media alternatif, dasar Datuk Seri Mohd Najib hari ini cukup mudah, mengamalkan kebebasan bersuara tetapi biarlah beradab, sesuai dengan budaya negara. Banyak medium telah digunakan oleh Perdana Menteri untuk menerang dan menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya samada di media tempatan atau antarabangsa.
Adat sebagai sesuatu media yang pro pembangkang, setiap jawapan pastinya akan diputar belitkan. Dasar keterbukaan Perdana Menteri ini sebenarnya jauh lebih baik daripada apa yang beliau amalkan. Sepanjang 22 tahun beliau memerintah, semua editor akhbar dan media hanya boleh menyiarkan semua perkara positif tentang beliau. Sesiapa yang melawan arahan beliau, lesen penyiaran pasti akan ditarik balik.


Rakyat negara ini sudah semakin bijak dalam menilai sesuatu berita samada ianya baik mahupun buruk. Bagi mereka yang ingin mencari kebenaran, media lidah kerajaan seperti RTM, Kumpulan Utusan dan lain-lain lagi pastinya akan dijadikan rujukan kerana semua jawapan telah tersedia disana. Namun bagi mereka yang menggemari berita fitnah, Malaysia Kini, Malaysian Insider dan lain-lain lagi sentiasa menyajikan berita yang kesemuanya buruk tentang kerajaan. Inikah yang dimaksudkan oleh Tun M?
Kemudian, beliau banyak menyentuh tentang apa yang berlaku pada tahun 2002 dimana Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan dua buah kapal selam. Beliau mengaitkan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda sebagai seorang yang mendapat arahan terus daripada Datuk Seri Mohd Najib dalam menguruskan pembelian berkenaan, walhal Datuk Seri Mohd Najib adalah Menteri Pertahanan pada waktu itu.
Sebenarnya, urusan pembelian ini telah dimulakan pada tahun 2000 semasa beliau masih lagi menjadi Perdana Menteri. Tun M pasti sedar bahawa urusan ini pernah dibawa kepengetahuan beliau bagi eneruskan pembelian ini. Oleh kerana kerajaan tidak boleh secara langsung mengendalikan sebarang urusan perniagaan dibawah peraturan dunia, maka sebuah konsultan telah dilantik bagi mengendalikannya.
Dalam kes ini, konsultan berkenaan diketuai oleh Abdul Razak Baginda. Sebagai konsultan yang dilantik, tiada salahnya andai khidmat mereka dibayar mengikut nilai komisyen yang telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak. Malah, dalam kenyataan terkini, Abdul Razak Bagina mengakui, beliau menerima bayaran komisyen sebanyak 30 Juta Euro sebagai imbalan terhadap urusan yang dilakukannya.


Tidak timbul soal Razak Baginda rapat atau tidak dengan Datuk Sri Mohd Najib kerana mengikut rekod, segala urusan sebenarnya telah ditenderkan lebih awal sebagai wakil kerajaan dalam merundingkan pembelian ini. Untuk maklumat, urusan pembelian ini akhirnya dimuktamadkan pada tahun 2002, juga semasa Tun M masih lagi berkhidmat didalam kerajaan selaku Perdana Menteri.
Adalah tidak masuk akal bila melihat Tun Mendakwa, keputusan pembelian ini dilakukan oleh Razak Baginda sedangkan keputusan muktamad harus melalui Datuk Seri Mohd Najib selaku Menteri Pertahanan dan Tun M selaku Perdana Menteri yang melalui beliau sahaja wang pembayaran dapat disalurkan kepada penjual. Dimana asas dakwaan Tun mendakwa, semua urusan dilakukan oleh Razak Baginda yang mempunyai akses khas kepada Datuk Seri Mohd Najib menerusi saluran kewangan?
Sekali lagi beliau cuba mengheret kredibiliti SPRM dan Peguam Negara dalam hal ini. Banyak kali siasatan dilakukan oleh SPRM terhadap Datuk Seri Mohd Najib berkaitan banyak urusan samada dari 1MDB, derma RM 2.6 bilion sehingga ke kes pembelian kapal selam. Namun, hasil siasatan yang dilakukan tidak menunjukkan Datuk Seri Mohd Najib terbabit dalam salah laku seperti didakwa Tun M.
Malah reaksi beliau yang kekal mendesak Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan jelas mempunyai misi politik keji beliau. Andai hasil laporan SPRM di pertikaikan, ini bermakna beliau menolak dan mempertikaikan kredibiliti SPRM dan Peguam Negara dalam mengendalikan kes berkaitan Datuk Seri Mohd Najib. Ini bukan seperti zaman beliau dimana semuanya harus mengikut telunjuk beliau sahaja.


Bertindak atas berani kerana benar, beliau sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk menyiasat sebarang salah laku yang dilakukan oleh beliau. Namun seperti biasa, masih tiada sebarang pensabitan keatas beliau. Jika Tun M sendiri kekal mempertikaikan semua ini, bukan sahaja impian melihat Malaysia maju menjelang 2020 akan musnah, malah mungkin membawa krisis politik yang lebih teruk lagi.

Beliau pastinya sedar, tunggak pentadbiran negara kebanyakannya di raih menerusi UMNO, parti yang beliau tubuhkan semula pada tahun 1988. Jika beliau masih bersikap seperti pembangkang, nampaknya beliau sendiri yang mahu melihat Malaysia dan Melayu ditadbir oleh kaum lain, sesuatu yang sedaya upaya dielakkan oleh Datuk Seri Mohd Najib dan hampir kesemua orang-orang Melayu di Malaysia.