Tuesday 23 February 2016

Ahli MT Sokong Muhyiddin Di Pecat Dari UMNO

images (10)

Tiada apa lagi yang menghairankan apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin kini menjadi perhatian daripada Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Malah, bukan sesuatu yang menghairankan apabila ada diantara Ahli Majlis Tertinggi telah bersuara mahukan Tan Sri Muhyiddin disingkirkan terus daripada UMNO berikutan tindakan pengkhianatnya didalam parti.
Gesaan paling lantang disuarakan oleh salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz yang melihat, tiada lagi faedah bagi UMNO menyimpan seseorang yang lebih berminat menjadi gunting dalam lipatan didalam UMNO itu sendiri.


Amat mudah difahami kenapa gesaan ini timbul daripada salah seorang AMT yang paling senior didalam UMNO. Beliau dilaporkan berkata, untuk terus kekal menjadi Ahli UMNO, seseorang ahli UMNO haruslah menunjukkan kesetiaan mereka terhadap ketua dan parti. Andai ini gagal diterjemahkan, untuk apa lagi UMNO terus menyimpan ahli seperti ini tambahan pula Tan Sri Muhyiddin bukan ahli biasa didalam UMNO.
Seharusnya, sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau harus menunjukkan tauladan yang baik terhadap lebih 3 juta ahli UMNO dalam menghormati institusi Presiden dan parti. Namun begitu, bertindak mengikut nafsu jawatan politik, beliau sanggup bersekongkol dengan mereka yang tiada lagi kepentingan dalam parti hanya kerana mahu melihat Presiden UMNO dijatuhkan.
Tuduhan demi tuduhan yang sama sekali palsu jelas sekali menunjukkan bahawa beliau gagal menjadi orang nombor dua dalam parti yang patut dijadikan contoh. Jadi tidak mustahil, Ahli Majlis Tertinggi kini sudah bersuara mahukan beliau dipecat atau sekurang-kurangnya digantung keahliannya kerana sikap biadab dan penyebar fitnah yang seolah-olah kini menjadi darah daging beliau sendiri.


Amat sayang sekali bagaimana seorang ahli politik yang telah menjadi sahabat karib Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sejak hampir 30 tahun lalu bertukar menjadi pengkhianat dan menikam belakang sahabat sendiri hanya kerana termakan hasutan dan gilakan kuasa. Inilah yang berlaku terhadap insan yang dilahirkan berlatar belakangkan pedidikan agama tetapi tewas dalam hasutan kuasa.