RAFIZI UMUM LETAK JAWATAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN???
Heh! Hidup mati semula pun belum tentu Si Rafizi tu sanggup lakukan perkara sedemikian. Tapi sekiranya ia berlaku, maka mungkin esok kita akan dapat berita mengenai Ayam Jantan bertelur pulak.
Mana tidaknya. Ini bukan kali pertama Si Rafizi tu didapati bersalah oleh pihak mahkamah kerana telah menabur fitnah terhadap orang lain secara terbuka. Tapi dah banyak kali dah dia buat benda yang sama.
Namun malangnya, sebagai seorang pemimpin, Si Rafizi tu tak pernah serik dengan dosa besar yang dilakukannya. Fitnah tu dah jadi sebahagian dari cara hidup dia. Dia suka dengan keadaan macam tu.
Bahkan, menabur fitnah demi untuk memburukkan orang lain ni dah menjadi 'Norma' kehidupan seorang pemimpin dari kalangan puak - puak PKR tu. Fitnah ni kira 'Makanan Harian' diorang.
Malah, fitnah yang dilemparkan oleh Si Rafizi tu bukan sahaja dilakukan terhadap parti lawan. Sebaliknya, dikalangan pemimpin pemimpin PKR sendiri pun dia sanggup lakukan perkara yang sama.
Tapi, sekiranya Si Rafizi tu seorang pemimpin yang bertanggungjawab, mempunyai integiriti dan juga maruah, sudah pasti perkara itu yang dia akan lakukannya.
Kosongkan kerusi tidak bermakna dia mengakui kesilapan yang telah dilakukan. Tapi sebaliknya, tindakan dia mengosongkan kerusi Parlimen Pandan tu sebagai menjaga maruah diri dia sendiri.
Soalnya, sanggup tak Si Rafizi tu nak melepaskan jawatan sebagai seorang Ahli Parlimen? Nak ke dia ambik tanggungjawab dan melakukan tindakan tersebut demi maruah diri dia sendiri?
ATAU, Si Rafizi tu lebih rela menanggung dosa besar dan berlakon seolah - olah apa yang dilakukan itu menurut kehendak agama Islam demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri?
Mungkin Si Rafizi tu ingat dia hidup kat dunia ni je gamaknya. Tapi dia lupa, kehidupan yang kekal adalah diakhirat kelak. Tak dapat nak dibayangkan macam mana keadaan dia nanti. Mintak - mintak kita juga dijauhkan dari perkara - perkara sedemikian!!!