Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan, ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Datuk Ahmad Maslan. –
Perubahan Pengerusi Biro MT UMNO Malaysia.
Tan Sri Anuar Musa – Ketua Penerangan
Datuk Ahmad Maslan – Pengerusi Biro IT
Dato’ Seri Azeez Rahim – Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih
Dato’ Shamsul Anuar – Pengerusi Biro Kebajikan
Dato’ Razali Ibrahim – Pengerusi Biro IPTS
Dato’ Sri Reezal Merican – Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara
Dato’ Johari Ghani – Biro Ekonomi.
Datuk Ahmad Maslan – Pengerusi Biro IT
Dato’ Seri Azeez Rahim – Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih
Dato’ Shamsul Anuar – Pengerusi Biro Kebajikan
Dato’ Razali Ibrahim – Pengerusi Biro IPTS
Dato’ Sri Reezal Merican – Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara
Dato’ Johari Ghani – Biro Ekonomi.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO hari ini menyaksikan Parti yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini mengorak langkah mengukuhkan jentera Penerangan serta pilihanrayanya.
Tan Sri Anuar Musa, Ketua Umno Bahagian Ketereh telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru bagi menggantikan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan yang diberikan mandat baru sebagai Pengerusi Biro IT.
Ahmad juga dilantik sebagai ahli MT bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini pernah ditawarkan kepada Ustaz Kazim Elias.
Selain daripada itu, jawatan Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO yang disandang oleh Dato Sri Shafie Apdal diganti dengan Dato Seri Azeez Rahim bagi memantapkan usaha menambah ahli UMNO dan mendaftar pemilih.
Tempat Azeez sebagai Pengerusi Biro Kebajikan diambil alih oleh Dato Samsul Anuar Nasarah.
Bagi memastikan generasi muda diberikan tumpuan yang lebih mendalam, Bekas Presiden Persatuan Mahasiswa UKM, Dato Razali Ibrahim telah dilantik mempengerusikan sebuah biro baru iaitu Biro IPTS.
Penekanan juga turut diberikan terhadap pelajar-pelajar Malaysia diluar Negara melalui pembentukan Biro Pelajar Luar Negara yang diPengerusikan oleh Dato Sri Reezal Merican Naina Merican.
Timbalan Menteri Kewangan, Dato Johari Ghani pula dilantik sebagai Pengerusi Biro Ekonomi UMNO.
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi kali ini juga memberikan isyarat yang jelas bahawa Dato Sri Mukriz Mahathir mungkin tidak akan dikekalkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah. Ini memandangkan beliau tidak dijemput menghadiri mesyuarat MT Umno kali ini. Malangnya, walaupun tidak diundang, Mukriz tetap hadir sehingga memaksa Setiausaha Agong mengarahkan agar mereka yang tidak diundang meninggalkan Mesyuarat. Kedegilan Mukriz ini dilihat sebagai satu cubaan untuk menagih simpati seolah-olah beliau dihalau keluar.
Mungkin ramai tidak menyedari bahawa Mukriz bukan Ahli MT, sebaliknya hanya berstatus turut hadir selaku Pengerusi Perhubungan. Jika Presiden mahukan Pengerusi yang baru, maka hilanglah kelayakan beliau untuk menyertai Mesyuarat MT lagi.