Thursday 3 March 2016

Subsidi Tepung Ditarik, Marah, Harga Petrol Turun, Tak Bersyukur


SIKAP Adun PAS Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah yang seringkali mengeluarkan kenyataan yang berbentuk hasutan dengan tujuan untuk memberi gambaran buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional yang kini mentadbir Terengganu, amatlah dikesali.
Dalam status yang dimuat naik oleh beliau di Facebook seperti di bawah jelas cuba menimbulkan provokasi kebencian. Walaupun ayat beliau tersebut agak kurang tepat namun kita faham akan hasutan yang beliau cuba sampaikan. Bukan subsidi tepung naik, tetapi subsidi ditarik.
Tahukah anda subsidi atas tepung telah naik? Harga dahulu RM33.75 atas 25kg sekarang dah jadi RM42……
Nanti biar saya jawab…..kalau tepung mahal jangan makan tepung. Tepung membahayakan kesihatan, tak bagus makan banyak-banyak. Makanan utama kita nasi, bukan roti. Tak suka tepung mahal kat Malaysia, pergi duduk negara pengeluar gandum.Boikot produk tepung…
Keuntungan sebelum cukai Petronas pula dikatakan jatuh sehingga 53% dan dijangka sehingga 1000 orang kakitangannya akan diberhentikan…..kepada Allah lah tempat kita mengadu.
Untuk makluman, sebelum ini kerajaan telah banyak memberi subsidi kepada rakyat terutama barang-barang yang menjadi keperluan asasi. Subsidi yang diberi ini tidak disasarkan secara sempurna memandangkan mereka yang tidak layak pun turut mendapat manfaatnya.
Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini, maka tindakan kerajaan merasionalisasikan subsidi secara teratur dan menepati sasaran amat penting dalam memastikan kebajikan rakyat yang benar-benar memerlukan dapat di penuhi dan pada masa yang sama kerajaan dapat mengawal perbelanjaan dengan berhemah.
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan kaedah yang cukup sempurna untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerima bantuan yang sepatutnya. Subsidi yang diberi terus kepada barangan merupakan agihan yang tidak adil memandang golongan yang berkemampuan tidak benar-benar memerlukan bantuan berbentuk subsidi ini.
Oleh itu tindakan memperlekehkan usaha perbelanjaan berhemah yang dilaksanakan kerajaan oleh Adun Bukit Payung ini merupakan tindakan yang cukup tidak beretika dan berniat jahat. Kita semua tahu bahawa harga petrol telah turun lagi 15sen (RON95) namun perkara yang baik seperti ini langsung tidak mendapat perhatian Mohd Nor Hamzah.
Beliau dilihat sebagai seorang yang kufur nikmat dan tidak beretika setiap kali beliau bersuara. Status beliau sebagai Adun Bukit Payung yang mewakili parti PAS dianggap sebagai tercemar dengan hasutan dan tuduhan tersebut.
Sebelum ini Adun Bukit Payung ini turut menabur fitnah berkenaan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Menurut ‘matematik mudah’ yang diberikan oleh Adun Bukit Payung, sebanyak RM 2 billion wang rakyat dimendapkan dengan kerja-kerja tidak betul. Ini berdasarkan laporan dari LLM yang mengatakan ‘separuh dari LPT2 dibina di atas tanah lembut yang menyebabkan permukaan lebuh raya beralun’. Tahukah Mohd Nor Hamzah, selepas LPT siap dibina, ia telah melalui proses audit oleh MIROS yang mengesahkan ianya menepati ciri antarabangsa. YA, MENEPATI CIRI ANTARABANGSA. Perubahan bentuk muka bumi seperti tanah mendap dalam masa setahun dua bukanlah kuasa kita.
Selain daripada itu juga beliau pernah mengeluarkan satu kenyataan Fitnah yang menuduh Menteri Besar Terengganu mendadik dada dengan pembelian Plat TTB dengan harga RM756,316.00. Tender yang di keluarkan bagi pembidaan Plat TTB bukan seperti jumlah harga fitnah seperti yang di war-warkan oleh ADUN Bukit Payung itu. Malahan harga yang di tawarkan oleh JPJ akan di tolak kembali oleh Kerajaan Negeri kerana Setiausaha Kerajaan negeri telah menetapkan tender plat TTB hanya dengan harga RM 500 hingga RM1000 sahaja.
Sepatutnya Mohd Nor Hamzah bersikap seperti seorang Islam. Fitnah dan hasutan bukannya ciri-ciri peribadi seorang Islam sebenar. Agak memalukan bagi seorang Adun yang mendabik dada sebagai ahli PAS dan berkopiah sana sini menabur fitnah tanpa sedikit pun perasaan gentar kepada hukuman Allah s.w.t. Sudah sampai masanya beliau cuba muhasabah diri.
-Terengganu Times

ustaz 1

ustaz 2