Thursday 24 March 2016

Lim Guan Eng, Antara Bebal, Tidak Tahu Dan Pembohong

images (5)

Di dalam Dewan Rakyat semalam, tercetus kekecohan selama hampir 40 minit di antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Haji Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beserta beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang yang lain. Semuanya berpunca daripada istilah “bohong” yang dibangkitkan oleh Guan Eng pada sidang berkenaan.

Apa yang menghairankan, pertikaian ini berlaku disaat ramai pihak tertunggu-tunggu jawapan Guan Eng berhubung isu yang membabitkan rumah banglo yang menjadi kontroversi di Jalan Pinhorn dan isu berkenaan rumah mampu milik di Taman Manggis. Namun, seolah-olah Guan Eng mahu mengelak untuk menjawab tentang isu berkenaan, beliau membangkitkan isu bohong untuk lari dari kenyataan sebenar.


Pada sidang berkenaan, dikhabarkan, Guan Eng akan membentangkan jawapan terhadap beberapa pertuduhan yang dilemparkan keatasnya. Namun disebabkan dengan isu “bohong” berkenaan, beliau diusir keluar dari Dewan Rakyat dan sekaligus menyelamatkan dirinya daripada menjawab sebarang isu berkaitan rumah beliau dan isu Taman Manggis.
Paling mencuri tumpuan ialah, ayat bohong berkenaan sebenarnya berkisar kepada isu harga rumah mampu milik di Pulau Pinang yang dikatakan telah ditetapkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bermula pada harga RM 400 ribu. Walhal, menurut Datuk Haji Abdul Rahman, pihak kementerian beliau tidak pernah menetapkan harga syiling bagi projek perumahan berkenaan di Pulau Pinang.


Disinilah punca kekecohan ala-ala pasar malam yang dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang yang bertujuan untuk melindungi Guan Eng daripada menjawab apa-apa soalan. Walhal, pada masa berkenaan, Speaker Dewan Rakyat sudah mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan lagi episod ini. Beliau jelas mahu membawa ahli Dewan berhujah tentang perkara lain termasuk isu rumah Guan Eng.
Kini, setelah di gantung, Guan Eng dikhabarkan terbang semula ke China untuk menghabiskan “lawatan kerjanya” disana. Maka oleh itu, isu berkaitan Taman Manggis, isu rumah mampu milik dan isu rumah banglo tanpa kolam renangnya, kekal tergantung begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan yang benar-benar kukuh oleh Guan Eng.