Monday, 18 December 2017
Himpunan Solidariti Palestin: Demi Islam UMNO Dan PAS Bersatu
By @MNA at 14:05:00
Pada Jumaat ini (22 Disember 2017), satu himpunan solidariti untuk memperjuangkan Palestin akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya. Ia akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sebelum ini dengan lantang telah menyatakan pendirian Malaysia untuk terus memperjuangkan nasib penduduk Palestin.
Kali ini, beliau akan berada sepentas dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Seperti yang dinyatakan oleh Najib yang juga Presiden UMNO: ``Perlu ada pendirian bersama apabila ia melibatkan isu kepentingan Islam dan umatnya,''.
Maka dalam isu Palestin, kedua-duanya akan berada sepentas untuk membantah pengiktirafan Amerika Syarikat yang mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Ini bukan kali pertama Najib sepentas dengan Hadi, malah pada 4 Disember tahun lepas, kedua-duanya mencipta sejarah apabila buat kali pertama berkongsi pentas dalam Himpunan Solidariti Rohingya di Stadium Mini Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Tujuan himpunan berkenaan diadakan adalah untuk menunjukkan kesepakatan suara umat Islam di negara ini berhubung kekejaman junta tentera Myanmar yang begitu hebat membantai Etnik Rohingya di Rakhine sehingga memaksa ratusan ribu etnik berkenaan menjadi pelarian dan ramai yang menjadi korban.
Ironinya, himpunan ini diadakan sebaik sahaja selesainya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ke 70, tahun lepas. Dan himpunan solidariti untuk Palestin ini juga diadakan selepas PAU ke 71, yang berakhir pada awal bulan ini.
Melihat kepada kedua-dua himpunan ini, sangat jelas sekali, dalam menyentuh nasib umat Islam, bahawa UMNO dan PAS boleh berganding bahu demi memartabatkan Islam itu sendiri.
UMNO telah menetepikan perbezaan idealogi politik demi untuk menyuarakan hak dan kepentingan umat Islam.
Timbul persoalan di sini, adakah Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP mampu melakukan perkara sedemikian?
Dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh satu portal pro DAP, Roket Kini bertarikh 14 Februari 2017, mereka mendakwa, UMNO dan BN telah menjalankan propaganda rasis dan tidak bertanggungjawab dengan mendakwa DAP sebagai sebuah parti rasis dan tidak akan membela nasib kaum Melayu dan umat Islam di negara ini seandainya mereka berkuasa kelak.
Namun kenapa PH tidak melakukan himpunan yang sama demi memperjuangkan nasib penduduk Palestin yang tertindas ini akibat kezaliman zionis?
Mana perginya suara mereka ketika umat Islam seluruh dunia mengutuk tindakan Amerika Syarikat yang memperakukan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel?
Hakikatnya himpunan solidariti bagi memperjuangkan Palestin ini bakal memberikan makna yang besar dalam perjuangan kemanusiaan dan Islam di negara ini.
Jika himpunan solidariti terhadap Rohingya telah membuktikannya, kali ini kita akan memperlihatkan bagaimana ketegasan Najib dan Hadi untuk membantah keputusan Amerika Syarikat itu.
Suara lantang yang bakal bergema ini, akan turut membimbangkan Pakatan Harapan kerana ia menunjukkan kerjasama antara UMNO dan PAS, iaitu sesuatu yang tidak boleh diterima oleh PH.
Related Posts:
PKR Tonggang Terbalik Krisis Dalaman Kian Membusung Pergaduhan dalaman PKR antara peguam, Latheefa Koya dengan Rafizi Ramli semakin teruk.Terkini Naib Presiden PKR yang lantang itu didakwa menjadi ejen kepada seorang pemimpin kanan UMNO.Latheefa yang juga peguam Datuk Seri … Read More
Soka Gakkai Malaysia Tonjolkan Aspirasi TN 50 Aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi antara paparan mesej utama acara sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka hari ini.Mempamerkan tema 'A… Read More
Rakyat Perlu Hayati Semangat Pengorbanan Tun Abd Razak.- Sultan Nazrin Andainya masih bernafas, Tun Abdul Razak pastinya kecewa melihat senario yang sedang berlaku di dalam negara,” titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.Baginda mengungkap kembali kata-kata bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul… Read More
Ahli UMNO Diingatkan Ketepi Budaya Ikan Keli Yang boleh Merosakkan Jentera Parti - TPM Zahid Ahli UMNO diingatkan supaya mengetepikan budaya ikan keli yang boleh merosakkan jentera parti menerusi perbuatan sabotaj calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Naib Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid… Read More
“Bila Kita Bersara, Perlulah Sokong Orang Yang Mengganti” - PM Najib YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata pemimpin yang sudah bersara haruslah menyokong penggantinya kerana kekuatan yang diperolehnya sebelum ini adalah berdasarkan sokongan semua anggota UMNO. Najib… Read More